4 Risiko Orang Seni Sering Hadapi – Ini Cara Mengurus Risiko Yang Wajib Anda Tahu.

Sebagai orang seni, kita tidak dapat terlepas dari sebarang risiko. Dalam kita nak menguruskan perihal kerja-kerja berkitan dengan seni ini, tentunya cara pengurusan kita perlu betul supaya kita dapat sedikit sebanyak mengurangkan atau dapat urus risiko dengan baik.

 

Apa itu risiko?

Risiko adalah sesuatu senario atau keadaan yang buruk dan tidak baik yang bakal kita akan hadapi. Takrifan ini bergantung kepada keadaan dan suasana. Lain situasi, lain risikonya. Sudah tentu apabila kita berbicara tentang risiko, ianya sudah tentu tentang perkara yang tidak bagus.

 

Sebagai orang yang terlibat dengan kerja-kerja seni seperti mencipta lagu, produksi, rakaman lagu dan sebagainya, kita tidak akan terlepas dari menghadapi sebarang risiko.

 

Contoh nya :

  1. Pelanggan tidak membayar kepada kita apabila mereka menggunakan khidmat kita.
  2. Lagu dan karya kita diciplak.
  3. Pulangan royalti yang tidak menentu.
  4. Ditipu oleh pelanggan.

 

Dalam semua keadaan, kita memang tidak dapat elak risiko itu 100%. Ianya sangat mustahil. Apa yang kita boleh lakukan adalah mengurskan risiko itu supaya peratusannya sedikit. Semakin sedikit peratusan risiko, lebih baik.

 

Kesemua risiko ini, kita dapat uruskan dengan cara-cara ini:

 

Cara #1 : Wang Deposit

Apa-apa sahaja urusan perkhidmatan yang kita tawarkan, tetapkan berapa jumlah deposit yang perlu dibayar oleh pelanggan. Sediakan Invois kepada pelanggan dan nyatakan sekali berapa jumpal deposit yang perlu dibayar oleh pelanggan.

 

Selalunya deposit adalah 50% daru jumlah jualan yang dinyatakan di dalam Invois.

 

Deposit sangat diperlukan sebagai akad diantara kita dan pelanggan yang menyatakan projek/jualan ini pasti.

 

Jika kita tidak kenakan sebarang deposit, kerja kita sudah buat. Tiba-tiba pelanggan membuat keputusan untuk membatalkan urusan jual beli, kita tiada hak untuk menuntut bayaran.

 

 

Cara #2 : Sediakan Kontrak

Sediakan kontrak. Setiap urusan jual beli yang melibatkan jumplah wang transaksi yang banyak sangat perlukan kontrak. Dalam kontrak tersebut kita nyatakan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan urusan jual beli kita itu.

 

Apabila salah satu pihak melanggar kontrak, pihak yang satu lagi boleh membuat tindakan undang-undang.

 

Melalui kontrak juga, memudahkan urusan kedua-dua pihak. Apabila masalha berlaku, kontrak adalah tempat rujukan kita.

 

Setiap kontrak perlulah di “Stamping” di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Cara# 3 Rakam atau Emel

 

Zaman sebelum adanya internet dan teknologi canggih seperti telefon pintar, agak susah pengkarya untuk pelihara (dibaca: Protect) karya kita. Masa itu tidak ada telefon yang boleh rakam. Hanya ingat dalam kepala sahaja.

 

Tetapi sekarang zaman sudah berubah. Salah satu cara kita nak simpan karya kita adalah dengan memuatnaik ke platform digital seperti Soundcloud, Email, dan juga YouTube. Ataupun dengan menggunakan aplikasi rakaman audio yang ada dalam setiap telefon pintar kita.

 

Dengan cara ini, karya kita lebih selamat terpelihara. Setiap rakaman yang kita buat, akan dicatatkan tarikh, masa dan waktu bila kita membuat rakaman itu. Ia boleh dijadikan sebagai bukti sekiranya karya kita diciplak.

 

Cara #4 Membuat sedikit kajian

Lumrah alam yang mana apabila kita berurusan dengan manusia, ditipu adalah perkara yang kadang-kadang sukar juga untuk elak. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita cegah.

 

Dengan membuat sedikit kajian latar belakang, kita mungkin boleh menapis mana-mana pelanggan kita.

 

Kita sebagai penjual ada hak juga untuk memilih siapa pembeli kita. Nilai jualan perkhidmatan kita bukan murah. Untuk mengasilkan sebuah lagu yang bagus, bukan harga yang murah. Jadi kita mempunyai hak untuk pilih dengan siapa kita hendak berurusan.

 

Semak latar belakang pelanggan kita. Buat sedikit kajian. Tanya kepada rakan-rakan lain yang pernah berurusan dengan mereka. Kita bukan nak cari hal buruk pelanggan kita. Kita cuma tak nak keadaan lebih teruk. Ini adalah proses penapisan pelanggan-pelanggan kita.

 

Jika bakal pelanggan kita itu mempunyai rekod yang buruk seperti lambat bayar, banyak hutang, banyak kerenah yang sampai menyukarkan proses kerja, elakkan berurusan dengan mereka.

 

 

Anda belum lagi melanggan kami? Klik sini untuk mendaftar – PERCUMA! Anda akan dapat artikel yang akan membantu anda terus ke email anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *