Budaya masyarakat kita memang sudah tidak asing dengan adanya persembahan nyanyian mahupun live band sewaktu majlis perkahwinan.
Jika kita lihat di mana-mana sahaja majlis, pasti ada persembahan muzik Samada secara akustik, nyanyian karaoke atau pun Live Band.
Jarang kita lihat majlis kahwin tak dipasang muzik. Kan? Dengan adanya muzik, ia menghidupkan lagi suasana dan dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan itu.
Artike kali ini, sedikit panduan untuk anda yang ingin persembahan semasa majlis perkahwinan anda nanti.
#1 Mampu membuat persembahan dengan baik dan bermutu.
Semestinya penyanyi atau band yang anda nak jemput itu mampu membuat persembahan dengan baik, bermutu dan berkualiti. Ini penting untuk memastikan majlis anda tampak hebat dan berseri.
Tetapi bagaimana kita nak tahu mereka mampu buat persembahan dengan baik atau tak?
Mudah sahaja. Anda boleh minta video persembahan mereka. Cari sahaja di YouTube. Lihat video-video persembahan mereka secara live. Anda boleh buat keputusan samada mahu jemput mereka atau tidak.
#2 Lihat pada koleksi lagu mereka.
Semasa dalam proses perbincangan, anda boleh bertanyakan pada mereka tentang koleksi-koleksi lagu kebiasaan yang mereka persembahkan. Mana-mana penyanyi atau band yang sudah biasa membuat persembahan, kebanyakkan lagu-lagu malar hijau (ever green) mereka sudah tahu.
Pemilihan lagu juga penting untuk pastikan tetamu anda tidak bosan diperdengarkan lagu-lagu yang tetamu anda tidak tahu.
Penyanyi dan band yang berpengalaman, mereka akan tahu senarai lagu mana yang akan membuatkan tetamu suka dan boleh menyanyi bersama.
#3 Elakkan ambil penyanyi dan band yang kurang pengalaman.
Membuat persembahan di majlis perkahwinan bukan kerja yang mudah. Terutama untuk majlis-majlis yang dihadiri oleh golongan-golongan VIP. Ada protokol dan pantang larang yang perlu diikut.
Jika anda jemput penyanyi dan band yang kurang pengalaman, ianya akan menganggu perjalanan majlis anda.
Contohnya :
Lagu mana yang perlu dipersembahkan, ini perlukan pengalaman. Mereka yang kurang pengalaman, mereka tidak menganggap susunan lagu dan pemilihan lagu itu penting.
#4 Disiplin yang bagus.
Anda mesti tidak mahu ada masalah seperti penyanyi datang lambat, band tak buat soundcheck, atau band tak praktis lagu.
Ya! Ada! Ada penyanyi dan band yang tak buat latihan sebelum persembahan. Akibatnya, lagu yang mereka persembahkan haru biru. Penyanyi lupa lirik. Pemuzik lupa chord.
Lupa sedikit tiada masalah. Tetapi jika sampai separuh lagu tak hafal dan tak ingat susunan lagu, bagaimana tu?
#5 Penyanyi dan Band yang mudah untuk berurusan.
Bakal pengantin semesti nya mahukan perjalanan majlis anda nanti berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancangkan. Jika anda berurusan dengan penyanyi atau band yang mudah anda berurusan, anda pun tidak pening kepala.
Contohnya:
Penyanyi anda sukar untuk dihubungi. Deposit dah dibayar. Apabila nak buat panggilan, jarang angkat telefon. Whatsapp pun lambat balas.
Elakkan berurusan dengan penyanyi atau band yang sebegini. Takut-takut masalah baru akan timbul sewaktu majlis berlangsung nanti. Anda ada banyak lagi urusan yang perlu anda uruskan. Sepatutnya anda bayar mereka untuk bantu anda mudahkan urusan. Bukan tambah lagi serabut!
#6 Dapatkan PA System yang mampu tampung untuk persembahan
Jika majlis anda di dewan, kebanyakkan dewan memang ada PA System sendiri. Tetapi elakkan untuk guna PA System dewan jika anda nak persembahan untuk majlis anda.
Kebanyakkan dewan, PA Systm itu tidak mampu untuk tampung live band. PA System yang disediakan oleh dewan kebanyakkannya adalah untuk pengucapan (Speech) bukan untuk persembahan muzik.
ANDA MENCARI PENYANYI & BAND UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA? KLIK SINI!