3 Sebab Utama Kenapa Orang Seni Perlu Belajar Urus Kewangan

Dalam artikel sebelum ini, saya ada kongsikan tentang betapa pentingnya kenapa Orang Seni (Merujuk kepada : Penyanyi/Pemuzik/Band/Komposer/Penulis lirik/dan lain-lain) perlu berkolaborasi dengan Orang Bisnes.

 

 

Anda boleh membaca artikel tersebut dengan menekan KLIK SINI!

 

 

Antara kesilapan yang nyata dilakukan oleh orang seni pada masa kini (bukan semua) adalah kerana mereka gagal memahami kepentingan menguruskan kewangan.

 

Cara urus tadbir kewangan kita menentukan daya tahan bisnes kita. Sebagai orang seni, kita mesti urus minat dan kerjaya kita seperti sebuah perniagaan.

 

Apa yang kita lakukan dengan duit yang kita dapat dari setiap pelanggan kita?

 

Adakah setiap kali dapat bayaran kita terus belanjakan wang tersebut?
Atau setiap kali kita dapat bayaran kita masuk kedalam akaun semasa kita?

Kenapa perlu masukkan dahulu bayaran tersebut kedalam akaun semasa kita?
Waktu bila pula kita boleh keluarkan sejumlah duit yang ada dalam akaun semasa kita itu?

 

Jika kita tak urus dengan betul :

  1. Kita tak tahu berapa jumlah jualan kita.
  2. Kita tak tahu berapa kos bulanan kita.
  3. Kita tak tahu berapa ambilan yang telah dibuat.
  4. Kita tak tahu untung kasar.
  5. Kita tak tahu untung bersih.
  6. Kita tak tahu titik pulangan modal.

 

Sebab itu penting untuk kita tahu sedikit sebanyak bagaimana nak uruskan kewangan kita. Artikel ini saya kongsikan sebab dan kenapa orang seni perlu belajar urus kewangan.

 

#1 Untuk membuat aliran tunai dan kewangan syarikat

Apabila kita sebut aliran, cara mudah nak faham adalah “Masuk dan Keluar”. Apa yang Masuk? Dan apa pula yang Keluar?

 

Setiap duit yang masuk kedalam akaun kita adalah jualan, dan setiap duit yang keluar adalah kos dan juga belanja.

 

Jika setiap kali duit yang masuk melebihi duit yang keluar, itu menunjukkan aliran tunai yang positif.
Jika setiap kali duit yang keluar melebihi duit yang masuk, itu menunjukkan aliran tunai yang negatif.

 

DUIT MASUK > DUIT KELUAR : POSITIF
DUIT KELUAR > DUIT MASUK : NEGATIF

 

Dengan memahami aliran tunai kita, kita dapat tentukan apa titik pulangan modal. Dari situ kita boleh tetapkan target berapa jualan yang perlu kita capai supaya mempunyai untung bersih.

 

Jika aliran tunai kita positif, ianya adalah pentanda yang bagus.Jika aliran tunai kita negatif, bermakna anda perlu lakukan sesuati dengan pemasaran dan jualan anda.

 

#2 Untuk Meningkatkan Keuntungan

Semestinya adalah untuk meningkatkan keuntungan kita. Dengan pengurusan kewangan yang betul, baru kita nampak berapa banyak duit yang masuk dan berapa banyak pula duit yang keluar.

 

 

Dan sudah tentu dengan keuntungan yang ada itu adalah untuk menyara syarikat supaya terus berkembang.

 

 

Syarikat perlu menanggung kos dan belanja. Dengan Keuntungan yang ada, syarikat mampu untuk terus menampung bulan-bulan mendatang.

 

 

#3 Untuk membuat Unjuran perjalanan bisnes kita

Dengan mempunyai aliran kewangan dan repot kewangan yang lengkap, ianya memudahkan kita untuk membuat unjuran 3 bulan, 6 bulan atau1 tahun yang akan datang.

 

Dengan data yang ada pada kita, lebih mudah untuk kita membina strategi untuk pemasaran dan juga jualan.

 

Dengan data yang ada juga, setiap perancangan kita akan lebih realistik. Kita pun takkan membelanjakan duit kita sesuka hati.

 

Sumber : hidupringkas.com

 

NAK TAHU CARA BAGAIMANA JANA PENDAPATAN DENGAN BAKAT NYANYIAN? KLIK SINI!

 

Anda suka dengan artikel kami? Langgan kami dengan Klik DISINI. Kami akan hantar terus artikel ke Email anda secara terus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *