4 Sebab Kenapa Orang Seni Perlu Berkolaborasi Dengan Orang Bisnes

Sering kali kita dengar rungutan orang-orang yang terlibat dalam industri seni seperti penyanyi, pemuzik, komposer, penulis lirik dan lain-lain. Mereka merasakan masyarakat tidak faham dan tidak tahu bagaimana nak menghargai nilai sesebuah seni.

 

Apabila karya kita tidak laku, masyarakat yang dipersalahkan. Sering kali kita dengar rungutan sebegini.

 

“Market kita kecil..”

“Susah nak berkarya di Malaysia ini..”

“Nak hidup sebagai orang seni di Malaysia, memang tak boleh cari makan…”

 

Ini adalah luahan hati sebahagian orang seni di negara kita.

 

Adakah betul market kita kecil?

Adakah betul di negara kita ini, susah nak berkarya?

Adakah betul susah nak cari makan dengan berkarya di negara kita ini?

 

 

Setiap masalah yang timbul ada jalan penyelesaiannya. Bagi masalah ini, caranya adalah dengan berkolaborasi.

 

Orang seni pandai menghasilkan produk (Karya). Produk kita semua bagus sekali. Yang ini kita tak nafikan. Salah satu contoh – Kita lihat sahaja pemuzik dan penyanyi di jalanan. Lihat nyanyian dan persembahan mereka. Mampu memukau penonton.

 

Cuma sayangnya, mereka tak mampu nak jana pendapatan dengan baik dek kerana mereka tidak tahu satu cabang ilmu yang lain, iaitu Ilmu Bisnes.

 

Kita sebagai orang seni, tidak perlu untuk curi masa belajar ilmu bisnes. Kita fokus sahaja kerja menghasilkan produk. Ilmu bisnes, biar orang bisnes yang fikirkan. Biar orang bisnes yang tolong kita jual produk kita.

 

Bagaimana caranya?

 

Caranya adalah dengan berpartner atau berkolaborasi dengan orang bisnes.

 

Orang bisnes sangat pandai dalam menjual. Orang bisnes pandai membuat kajian pasaran. Orang bisnes juga, lebih pandai dari kita dalam mengenali siapa pembeli produk kita.

 

Sebab itu kita kena berkolaborasi dengan mereka.

 

Sudah tiba masa orang seni bekerjasama dengan orang bisnes. Jurang orang seni dan masyarakat terlalu jauh. Masyarakat tak faham kerja orang seni. Mereka merasakan orang seni ini susah untuk didekati.

 

Rapatkan jurang melalui perantara iaitu orang bisnes. Orang bisnes faham apa yang masyarakat nak.Orang bisnes adalah kelompok manusia yang mahir menyelesaikan masalah. Biar mereka melakukan kerja mereka untuk kita.

 

Dibawah ini saya simpulkan, sebab kenapa orang seni perlu berkolaborasi dengan orang bisnes.

 

#1 Orang Seni perlu diurus seperti sebuah bisnes

Salah satu sebab kenapa orang seni susah untuk bertahan adalah kerana mereka tidak menguruskan bisnes mereka dengan betul. Pengurusan sebagai sebuah entiti bisnes sangat penting. Dengan adanya orang bisnes dalam entiti kita, perjalanan bisnes kita lebih tersusun dan diurus dengan betul.

 

 

#2 Supaya orang seni fokus sahaja dengan kerja hakiki mereka

Dengan kolaborasi, kita lebih fokus dengan kerja hakiki kita. Kita mahir dalam menghasilkan produk. Tapi kita tak mahir dalam menjual produk. Biar orang bisnes fikirkan untuk kita bagaimana nak jual produk kita.

 

 

#3 Dapat menjana lebih pendapatan dan terokai pasaran baru

Dengan kolaborasi dengan orang bisnes, barulah produk kita dapat menghasilkan pendapatan dan terokai pasaran-pasaran baru yang kita sendiri tidak pernah terfikir.

 

#4 Dengan kolaborasi, sama-sama dapat mencipta pendapatan

Dalam dunia ini, bukan kita sahaja yang mahu jadi kaya. Kita perlu ajak sekali orang lain untuk turut sama kaya dengan kita. Dengan kolaborasi, kita dapat mencipta pendapatan bersama-sama. Jika kita memilih untuk tidak berpartner, kita juga boleh cipta pendapatan. Tetapi terhad atas sebab keupayaan dan masa kita. Masa kita terhad. Dengan berkolaborasi, ktia dapat tingkatkan lagi pendapatan kita.

 

Rujukan : Puan Ainon Mohd

ANDA SUDAH MENCIPTA LAGU, TETAPI BELUM DIRAKAMKAN LAGI? MARI SAYA BANTU ANDA – KLIK SINI!

 

Jika anda belum lagi melanggan kami, klik INI untuk ke pautan pendaftaran. Ia PERCUMA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *