4 Kelebihan Bagi Mereka Yang Suka Mendengar Muzik – Terbukti!

Muzik adalah fitrah bagi manusia. Semua orang pernah mendengar muzik secara langsung atau pun tidak langsung dalam kehidupan seharian.

 

Muzik ada di mana-mana sekeliling kita. Agak sukar untuk kita elakkan dari mendengar muzik dalam kehidupan seharian kita.

 

Ada sesetengah kelompok masyarakat menganggap muzik adalah hiburan yang melalaikan. Ya! Kita tidak nafikan, jika kita melibatkan diri dalam muzik sehingga terlupa untuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting dan peru diberi keutamaan, muzik sememangnya melalaikan.

 

Dalam hal ini, kita perlu tahu peranan dan kelebihan muzik ini sebenarnya membantu dari segi apa. Mendengar dan bermain muzik ada hadnya.

 

Jika kita pandai kawal, muzik sebenarnya memberikan impak yang positif dalam diri kita.

 

Kali ini saya nak kongsikan pada anda, 4 kelebihan bagi mereka yang suka mendengar muzik.

#1 Muzik dapat mengurangkan tekanan diri

Kajian mendapati, dengan mendengar lagu-lagu yang mempunyai tempo yang perlahan atau lagu yang bergenre Instrumental, dapat mengubah mood dalam badan kita, dan mengakibatkan kita lebih rileks dan tenang.

 

Ianya terjadi apabila saluran darah kita berkembang dan meningkatkan perederan darah serta kesihatan kardiovaskular.

 

Kajian juga mendapati seramai 1400 pesakit jantung yang mendengar muzik mendapati kadar denyutan jantung, kebimbangan dan tekanan darah berkurangan.

 

#2 Bermain alat muzik mampu menajamkan minda

Kajian Journal of Neuroscience mendapati bahawa, golongan pertengahan dewasa dan senoir yang banyak meluangkan masa dengan muzik ketika masa muda, memiliki minda yang mampu menangkap bunyi lebih pantas dari orang lain.

 

Malah, muzik juga membantu untuk mereka yang ingin kekal fokus ketika mengulangkaji pelajaran. Kajian juga mendapat kanak-kanak yang meluangkan masa dengan aktiviti muzik, mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain.

 

#3 Membantu mereka yang Insomnia (sukar tidur)

Sebelum tidur, dengan mendengar muzik dapat menenangkan pesakit insomnia dan menjadikan kita lebih mudah untuk tidur, kurang berjaga pada waktu malam, dan juga rasa tidur yang cukup.

 

National Sleep Foundation, telah membuat kajian yang mana dengan mendengar lagu-lagu Klasik akan dapat memulihkan mereka yang insomnia dan susah tidur.

 

#4 Kerja menjadi lebih pantas

Melakukan tugasan sambil mendengar muzik menjadikan kerja kita lebih pantas dan kita lebih bertenaga/bermotivasi berbanding mereka yang membuat tugasan tanpa muzik.

 

Cornell University mendapati bahawa, dengan mendengar lagu-lagu rancak mampu memberikan motivasi yang tinggi untuk mereka yang bekerja secara berkumpulan.

 

ANDA NAK ARTIKEL INI TERUS SAMPAI KE EMAIL & WHATSAPP ANDA? DAFTAR SINI!

Sumber : pressreader.com

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *