10 Lagu Cover Yang Perlu Anda Tahu untuk latihan Vokal Anda

Oleh: Syahir Miswan

“Lagu apa yang kita patut nyanyi ya untuk asah suara kita?”

Ini adalah salah satu pertanyaan yang menarik perhatian saya. Soalan yang pendek tetapi sangat penting.

 

Saya tanya anda balik. Lagu apa yang akan mencabar tekak suara kita dan kemahiran kita?

 

 

Apabila kita cuba untuk tingkatkan tahap nyanyian kita, sudah tentu ada lagunya yang tersendiri yang dapat tingkatkan lagi penguasaan disiplin dan kemahiran nyanyian kita.

 

 

Untuk menjadikan kita penyanyi yang serba boleh, kita perlu lalui pelbagai jenis genre lagu.

 

Contoh:

 

Seorang penyanyi rock yang selalu menyanyi lagu yang “High Pitch”, kadangkala perlu juga untuk belajar mengawal not yang rendah. Persoalannya, lagu apakah yang sesuai untuk latihan suara kita yang ber not rendah?

Seorang penyanyi pop RnB yang menyanyi lenggok alunan RnB, kadangkala perlu juga untuk belajar bagaimana mengawal suara “Whisper” ala-ala Jazz. Jadi, lagu apa yang patut mereka berlatih?

 

 

“Kalau kita nak build up nyanyian low note kita, lagu apa yang sesuai nak nyanyi ya?”

 

Artikel ini, saya akan kongsikan 10 lagu cover untuk latihan vokal anda. Perkongsian ilmu ini saya dapat melalui Anis Syazwani, seorang penyanyi yang bergiat aktif dalam dunia Resepsi dan Majlis Korporat. Beluai sudi kongsikan pada saya lagu-lagu yang sesuai untuk kita berlatih.

 

Dibawah ini adalah lagu-lagunya.

 

#1 Noraniza Idris – Tinting

Jika anda nak asah lenggok nyanyian traditional, lagu dari Noraniza Idris – Tinting adalah salah satunya.

 

#2 Waheeda – Wassini

Untuk nyanyian ala-ala Arabic, dengarkan lagu dari Waheeda – Wassini.

 

#3 Shima – Teringin

Anda nak belajar lagu rock yang high pitch? Lagu Shima – Teringin adalah lagu yang sangat kami sarankan untuk anda dengar dan nyanyi.

 

#4 Ning Baizura – Curiga

Latih suara soprano anda dengan lagu dari Ning Baizura – Curiga

 

#5 Norah Jones – Don’t Know Why

Lagu-lagu Jazz, anda patut dengar dan nyanyi lagu-lagu dari Norah Jones. Don’t Know Why, adalah salah satu lagu yang akan bina suara Whisper/suara angin anda 😉

 

#6 Mas Idayu – Cintaku 100%

Untuk latihan lagu-lagu dangdut, Mas Idayu – Citnaku 100% adalah lagu yang patut anda nyanyi.

 

#7 Mama Aku Ingin Pulang – Nike Ardilla

Latihan suara untuk “High Pitch”, dengarkan Mama Aku Ingin Pulang – Nike Ardilla.

 

#8 Sundari Soekotjo – Begawan Solo

Pernah dengar keroncong? Begawan Solo adalah lagu yang sesuai untuk anda berlatih lagu-lagu berentak keroncong.

 

#9 Mariah Carey – My all

Untuk bina pernafasan dan dinamik dalam nyanyian anda, cuba dengar lagu dari Mariah Carey – My All.

 

#10 Alicia Keys – Fallin

Untuk lagu Alicia Keys – Fallin, dapat membantu teknik nyanyian RnB anda.

 

Kesemua lagu yang saya kongsikan ini adalah sebahagian lagu yang anda boleh cuba untuk latih vokal anda. Tidak semestinya hanya lagu ini sahaja. Anda juga boleh cuba berlatih dengan lagu yang lain. Ini hanyalah lagu-lagu yang dikongsikan dari pengalaman kami.

 

Jika anda ada lagu yang mahu dikongsikan dengan kami, boleh sahaja. Sama-sama kita belajar.

 

Yang penting, berlatih. Baru berhasil. Latihan perlukan kesabaran, dan konsistensi. Berlatih hanya dengan 1-2 kali tidak menjadikan kamu mahir. tetapi latihan yang berulang-ulangkali.

 

Selamat mencuba!

 

ANDA NAK ASAH BAKAT SUARA ANDA MENERUSI KELAS VOKAL ATAS TALIAN KAMI? KLIK SINI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *