Cara Tingkatkan Keyakinan Diri – Bacaan Untuk Mereka Yang Baru Berjinak Dalam Dunia Seni Muzik

Oleh: Syahir Miswan

 

“… Saya tak yakin la bang.. Lagu saya ni best ke? Ada orang nak dengar ke…?”

 

 

“…Ramai hebat-hebat, saya ni takde basic dalam muzik. Macam mana nak bersaing dengan mereka…?”

 

“…Saya ni tiada peluang bang… Teringin sangat nak cuba dalam industri muzik… Tapi tu lahhh… hurmmm…saya tak yakin lah bang…”

 

 

Pernah tak terlintas dalam fikiran anda seperti ayat-ayat di atas ini?

Jika pernah, anda sama macam saya.

 

Ya! Sama!

 

Dulu ini lah yang selalu bermain dalam fikiran saya.

 

Saya sendiri tidak yakin yang saya boleh ke tidak untuk teruskan dalam bidang muzik ini.

 

 

Ramai yang tak tahu, latar belakang saya adalah dari jurusan pengurusan kewangan dan perakaunan. Sejak dari dulu, saya sangat meminati muzik. Saya mula belajar bermain gitar sejak dari umur 9 tahun. Tetapi saya tak pernah hadiri mana-mana kelas muzik.

 

Selepas SPM, pernah terdetik untuk sambung belajar Diploma Muzik. Tetapi dihalang oleh ibu bapa saya. Saya akur dan teruskan dengan jurusan Diloma Perakaunan di UiTM Jengka Pahang. Tamat diploma, saya sambung jurusan Pengurusan Kewangan di UiTM Shah Alam.

 

Masa itu, muzik ini hanya jadi sampingan sahaja. Jadi hobi sahaja. Tak pernah terfikir untuk teruskan dalam bidang muzik. Tetapi disudut hati kecil saya, saya tak sanggup nak teruskan bidang yang saya memang tak minat, iaitu perakaunan dan pengurusan kewangan.

 

Jujur kata, memang hati bolak balik. Waktu ini memang saya rasa tak tenang. Tamat sahaja ijazah, saya ada 2 pilihan. Nak kerja dalam bidang perbankan atau muzik.

 

Puas fikir. Memang fikir dalam-dalam. Dan akhirnya saya buat keputusan untuk terus dalam bidang muzik.

 

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah, bagaimana saya atasi masalah kurang yakin dalam diri saya yang akhirnya menjadikan saya pilih untuk terus dalam bidang muzik.

 

Disini saya kongsikan beberapa tip, bagaimana cara untuk atasi masalah dan tingkatkan keyakinan diri.

 

#1 Keyakinan datang dengan tindakan

Dengan ada tindakan menjadikan anda lebih yakin. Kenapa? Jika anda tidak membuat apa-apa tindakan, anda sendiri tidak akan tahu apa yang bakal terjadi pada diri anda.

 

Contoh:

Jika anda tidak buat keputusan untuk belajar menyanyi, bagaimana anda nak tahu yang sebenarnya anda mempunyai bakat yang perlu digilap?

 

Jka anda tidak buat keputusan untuk mulakan mencipta lagu sendiri, bagaimana anda nak tahu yang sebenarnya anda mampu mencipta lagu yang bagus?

 

Kebarangkalian yang anda akan hadapi ada 2 sahaja. Jadi atau tak. Sedap atau tak sedap. Best atau tak best. Positif atau negatif. Baik atau buruk.

 

Jadi, kenapa kita cenderung untuk berfikir negatif? Sedangkan kebarangkaliannya adalah 50%.

 

Kenapa perlu pilih 50% yang negatif. Kenapa tak pilih 50% yang positif?

Anda faham tak setakat ni? Hehe.

Jika tak faham, ulang-ulang balik baca. Jangan malas baca! Hehe.

 

#2 Bersedia timba ilmu baru

Ilmu sangatlah penting. Tak pernahnya tak penting. Cuma kita kena bijak untuk memilih ilmu apa yang berkaitan dengan kita. Jangan sesekali untuk merasa cukup dengan ilmu yang ada.

 

Pernah dengar pepatah – Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita tak tahu.

 

 

Pernah dengar?

 

 

Saya sendiri mempunyai ramai guru. Saya seorang pemain gitar. Guru muzik saya bukan seorang. Ramai. Itu yang berkaitan dengan muzik. Bagaimana dengan ilmu-ilmu lain yang tak berkaitan dengan muzik seperti ilmu Penjenamaan Diri, ilmu bisnes, ilmu pemasaran dan lain-lain lagi?

 

 

Kesemua ini saya ada guru untuk setiap cabang.

 

 

Guru muzik saya lain. Guru bisnes saya lain. Guru pemasaran saya lain.

 

 

Dalam bidang muzik, kita tak boleh hanya bergantung dengan hanya 1 guru sahaja. Carilah guru-guru anda. Kesemuanya penting dalam membantu perjalanan seni anda.

 

 

Tidak cukup dengan hanya anda pandai buat lagu. Setidak-tidaknya anda perlu tahu ilmu lain seperti pemasaran – Contohnya.

 

#3 Cari rakan untuk berkolaborasi

Jangan buat kerja sorang-sorang. Anda akan lebih cepat putus asa jika anda buat kerja sorang-sorang. Bila anda rasa nak putus asa, tiada siapa yang nak pujuk hati anda!

 

 

Jika anda mempunyai tim, ahli tim anda yang lain akan sokong dan bantu anda. Tim yang bagus adalah saling bantu antara satu sama lain.

 

 

Contoh – Anda pandai tulis lirik. Tetapi anda tak pandai cipta melodi. Apa yang perlu anda lakukan adalah cari rakan yang pandai cipta melodi. Rakan anda itu, kala u tak pandai cipta lirik pun tak mengapa. Yang penting dia pandai cipta melodi. Anda akan saling melengkapi.

 

NAK LEBIH YAKIN DENGAN BANTUAN PANDUAN CARA PASARKAN LAGU? KLIK SINI!

 

Anda suka dengan artikel ini? Langgan kami untuk dapatkan artikel, tip, informasi, dan harga promosi terus ke Email anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *