3 Perkara Yang Patut Anda Mula Lakukan Untuk Tahun 2019!

“…Saya sangat minat menyanyi. Saya bercadang nak ceburi bidang nyanyian. Tetapi saya tak tahu bagaimana nak mula…”

 

 

“…Saya teringin sangat nak masuk dalam industri muzik & nyanyian. Tapi apa cara nya ya? Apa yang saya perlu lakukan…?”

 

 

Di atas adalah beberapa soalan yang kami dapat di email dan juga whatsapp. Rata-rata bertanya bagaimana nak mula dan apa caranya.

 

Untuk mencapai apa yang kita impikan dan harapkan, ianya bermula dengan langkah yang pertama.

 

Artikel kali ini, saya kongsikan apa yang perlu anda lakukan. Kali ini perkongsian agak ringkas.

 

 

Straight to the point!

 

 

Biar ringkas. Tetapi berkesan.

 

Kan? 😉

 

Jadi, apa yang perlu anda mulakan?

 

 

Ini 3 perkara yang patut anda mula lakukan sekarang.

 

 

#1 Muat naik Video Cover Pertama Anda!

Anda dah ada Video Cover? Dah muat naik di YouTube? Jika Belum, ini permulaan yang harus anda lakukan.

 

Untuk muat naik Video Cover, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira.

 

Antaranya ialah:

  • Lagu apa yang anda nak nyanyi?
  • Nak rakam guna apa?
  • Nak rakam di mana?
  • Nak rakam guna Minus One atau Akustik?
  • Apa tema lagu yang anda nak nyanyi?

 

Kesemua soalan di atas adalah perkara yang perlu anda ambil kira. Untuk menghasilkan sebuah Video Cover, tak susah. Nak atau tak nak sahaja. 😉

 

#2 Mula bersosial dengan rakan menyanyi yang lain!

Anda sudah kena mula bersosial. Cari rakan yang mempunyai minat yang sama, lebih mudah untuk buat kawan.

 

Berkawan dengan orang yang mempunyai minat sama, kita lebih mudah untuk berkongsi idea, cerita, pengalaman dan sebagainya.

 

Jika anda tak mula bersosial, bagaimana orang disekeliling anda nak kenal anda? Bagaimana mereka nak tahu yang anda ni seorang yang mempunyai bakat menyanyi?

Kongsikan bakat anda dengan rakan-rakan anda yang lain. Sekarang di zaman media sosial, sangat beruntung. Lebih mudah unutk mencari kenalan.

 

Bagaimana nak cari?

 

Sangat mudah.

 

Cari sahaja di Youtube. Berkawan dengan YouTubers yang lain. Caranya, dengan memulakan komen di video mereka. Mudah bukan?

 

 

#3 Perform secara Live!

Pelbagai tempat yang disediakan untuk kita membuat persembahan. Antaranya di Live Lokasi. Live Lokasi adalah salah satu platform untuk bakat-bakat baru yang ingin berkongsikan bakat nyanyian. Di Live Lokasi anda akan bertemu dengan bakat-bakat nyanyian yang lain.

 

Di sinilah anda mula untuk bersosial secara langsung. Ianya penting untuk jaringan (disebut sebagai Networking) anda.

 

Bukan sahaja untuk bersosial, tetapi disinilah tempatnya untuk anda belajar bagaimana untuk membuat persembahan. Biasakan diri untuk membuat persembahan di khalayak ramai. Mulakan dengan jumlah penonton yang sedikit dahulu. Dengan membuat persembahan juga ia dapat membina keyakinan anda sedikit demi sedikit.

 

ANDA MINAT NAK JADI PENYANYI? DAPATKAN EBOOK PANDUAN LENGKAP UNTUK MANFAATKAN BAKAT NYANYIAN ANDA KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI! KLIK SINI!

 

Anda suka dengan artikel ini? Klik SINI untuk daftar secara PERCUMA! Kami akan email tip/promosi/artikel secara terus ke email anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *