Cara Nak Cipta Lagu Sendiri – Langkah & Tip!

Nak cipta lagu sendiri bukan perkara yang mudah. Bukan hanya petik-petik gitar, tekan-tekan kunci piano sahaja, terus tercipta melodi yang kita inginkan.

 

 

Tak! Tak semudah itu!

 

Kadang-kadang, berjam-jam menghadap kertas nak tulis lirik. Berjam-jam petik-petik tali gitar nak hasilkan ritma dan melodi. Tak jadi-jadi juga.

 

 

Siapa setuju? Hehe!

 

Ini normal.

 

Melainkan tahap bakat kita seperti Dato M Nasir atau Loloq, Lain lah ceritanya. Huhu!

Susah bukan bererti tidak boleh, atau tidak mampu. Tetapi ianya memerlukan PROSES. (Ingat lagi artikel berkenaan Proses? Klik sini untuk baca kembali : http://bit.ly/2E9F31g )

 

Ada langkah-langkah yang perlu diambil kira untuk kita menghasilkan sesebuah lagu.

 

Artikel kali ini saya kongsikan beberapa langkah dan juga tip yang mungkin anda boleh pelajari atau praktikkan. Sebahagiannya mungkin sama dan juga berbeza dengan cara anda.

 

Sedikit sebanyak, mungkin artikel ini dapat membantu anda untuk menghasilkan lagu-lagu yang lebih bermakna buat diri anda.

 

 

Jom Mula! Teruskan pembacaan atau anda boleh tonton video dibawah untuk anda lebih mudah faham..

 

 

 

Kebiasaannya, apabila saya nak menulis atau merangka melodi lagu, pertama sekali yang saya akan fikirkan adalah tema lagu.

 

1. Tema Lagu

Pada peringkat awal, tentukan tema lagu yang anda inginkan. Adakah lagu yang anda nak cipta itu lagu cinta? Cinta yang bagaimana? Adakah cinta dengan pasangan kekasih? Cinta pada keluarga atau sahabat?

 

Atau anda nak cipta lagu yang berkisahkan tentang kisah benar? Kisah-kisah sejarah?

 

Anda pilih. Kisah apa yang anda nak sampaikan pada orang yang mendengar.

 




2. Rujukan lagu

Rujukan sangat penting untuk memberikan kita ilham dan juga idea kepada proses cipta lagu. Apakah rujukan lagu anda? Anda selalu dengar lagu yang bagaimana? Apakah kelompok genre atau mood yang anda selalu dengar?

 

Kesemua lagu yang anda dengar akan mempengaruhi cara anda menulis lagu.

 

Contoh – Saya secara peribadi sangat meminati lagu-lagu bergenre Rock dan Metal. Apabila saya nak cipta lagu dan melodi, idea-idea yang akan terhasil pun akan terpengaruh dengan unsur-unsur dari lagu Rock dan Metal.

Jika saya nak cipta lagu Rock, akan jadi mudah. Jika saya nak cipta lagu Balada, pasti lagu Balada tu akan jadi lagu Rock!

 

Sebab itu rujukan lagu kita penting. Pilih rujukan yang sesuai dengan tema lagu yang kita ingin hasilkan.

 




 

3. Genre Lagu

Pelbagai genre lagu yang wujud sebenarnya. Tetapi dipasaran muzik kita, Genre Rock, RnB, Pop, dan Balada sering mendapat tempat di telinga pendengar rakyat Malaysia.

 

Antara genre yang anda juga boleh cuba terokai adalah Jazz, Samba, Latin, Alternative, Blues, Dance, Country, Reggae, ataupun Classical.

 

Terokalah! Muzik ini sangat luas. Pilihlah yang bersesuaian dengan lagu yang anda nak cipta.

 

 

4.  Lirik Lagu

Untuk menulis lirik lagu, ada yang berpendapat semakin puitis sesebuah lirik, semakin mendalam dan berkualiti sesebuah lirik.

 

 

Anda setuju ke?

 

 

Hehe!

 

Pada saya, tak semestinya.

 

Formula dan kaedah yang saya gunakan (Kaedah ini saya belajar dari Budi Hikayat, seorang penulis lirik anak didik Dato’ M Nasir) adalah kita pastikan lirik yang memberi makna langsung (direct meaning) dan lirik yang puitis berada dalam keadaan yang paling seimbang.

 

 

Haa.. faham ke tak tu? Hehe!

 

 

Maksudnya begini.

 

 

Ada penulis lirik yang suka membuat lirik-lirik yang begitu mendalam dan puitis sehingga pendengar tak dapat nak faham apa yang mereka ingin sampaikan. – Ini Lirik Kategori A

Ada sesetengah penulis lirik suka menulis dalam gaya bahasa yang mudah dan secara langsung. Mudah nak faham. Baca sahaja lirik itu, pendengar dah boleh faham apa cerita yang disampaikan dalam lagu itu. – Ini Lirik Kategori B.

 

Apa yang dikatakan dengan paling seimbang itu adalah – Sesebuah lirik itu menyampaikan cerita dalam lirik dengan menggunakan bahasa/kosa kata/penggunakan kata yang paling seimbang diantara Lirik Kategori A dan Lirik Kategori B.

 

Fuh! Berpeluh nak terangkan. Kalau bercakap senang nak bagi faham. Bila menaip ni susah betul nak susun ayat bagi faham. Hehe!

 

Faham?

 

Nak dapatkan keseimbangan 50%-50% itu yang susah. Kebanyakkan lagu dalam pasaran, ada yang terlebih puitis sampai tak faham apa yang nak disampaikan. Kadang-kadang ada lirik yang terlalu langsung (direct).

 

Ianya taklah salah. Tetapi jika kita nak hasilkan sesebuah lagu, letakkan sedikit cabaran dalam setiap tugasan kita. Baru rasa bermakna. Kan?

 

 

5. Struktur Lagu

Ini paling mudah. Kebanyakkan lagu menggunakan formula yang hampir sama.

 

Intro – Verse 1 – Chorus 1 – Verse 2 – Chorus 2 – Break – Bridge – Chorus 2 – Chorus 2 (ulang) – Outro

 

Anda juga boleh bereksperimen dengan struktur yang ada. Cuba cipta lagu yang tiada intro, mula lagu terus verse. Atau tiada intro, mula lagu terus chorus. Cuba dengar hasilnya. Bagaimana?

 

Gunakan kreativiti anda, dan bereksperimen lah!

 

 

6. Tentukan Nada/Key Lagu

Langkah ini, perlu ditentukan bersama penyanyi yang akan menyanyikan lagu ini. Lain penyanyi, lain range vokal mereka. Jika yang cipta lagu ini lelaki – Menggunakan key G. Apabila nak berikan lagu ini kepada penyanyi perempuan, biasanya akan menggunakan key C atau D.

 

Yang penting lihat siapa penyanyi anda. Kenal range vokal penyanyi yang akan nyanyi lagu anda.

 

 

7. Cipta Melodi

Kebiasaan komposer akan cipta melodi untuk Verse dahulu. Tetapi saya, suka untuk cipta melodi bahagian chorus dahulu, kemudian baru bahagian yang lain.

 

Alat muzik yang sangat sesuai untuk anda cipta melodi adalah Piano. Lebih mudah untuk anda mencipta berbanding dengan alat muzik lain seperti gitar.

 




8. Nyanyi Lagu Anda

Langkah terakhir ini, anda cuba nyanyikan lagu yang telah anda cipta ini. Jangan lupa untuk rakam dalam telefon anda. Dengar berulang kali. Jika anda rasa ada bahagian yang perlu diubah, ubah sahaja.

 

Pastikan dalam tempoh anda mencipta lagu, ada waktu yang perlu anda rehat. Rehat sangat perlu untuk segarkan telinga dan minda anda.

 

Jika cipta atau tulis lagu dalam keadaan penat, takut hasilnya pun akan terkesan.

 

Selamat Mencuba!

 

ANDA MINAT MENYANYI TAPI TIADA LAGU SENDIRI? KAMI BOLEH CIPTAKAN UNTUK ANDA. KLIK SINI!

 

Anda suka dengan artikel ini? Klik SINI untuk melanggan artikel kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *