3 Kesilapan Utama Penyanyi Baru

Kesemua di atas adalah impian dan angan-angan bagi semua penyanyi. Bukan sahaja penyanyi baru, malah penyanyi yang dah lama dalam industri pun menginginkannya.

 

Adakah salah impian dan angan-angan kita? Apa masalahnya? Apa silapnya?

 

Tak.

 

Tak salah.

 

Tiada yang silap.

 

 

CUMA…..

 

 

Yang salah dan silap jika kita berimpian tanpa disusuli dengan tindakan.

 

Ramai yang mempunyai bakat suara yang sangat bagus. Tetapi suara sahaja tidak mencukupi. Bakat suara tanpa ilmu strategi, tak jadi apa.

 

 

PROSES.

 

 

Ini adalah perkataan yang sering kita lupa.

 

Nak lagu kita diputarkan di radio dan stesen televisyen – Perlukan PROSES

Nak dapat undangan show sana sini – Perlukan PROSES

Nak lagu viral dan semua tahu lagu kita – Perlukan PROSES

Nak dapat bayaran yang tinggi hasil dari menyanyi dan royalti ciptaan lagu – Perlukan PROSES

 

 

Proses – Sangat mahal, makan masa, ketahanan mental yang kuat, tak mudah putus asa, ketekunan, rajin, dan lain-lain.

 

Proses ini yang tak ramai yang sanggup melalui dan hadapinya. Selalu mereka yang kecundang, sebab mereka sendiri tidak tahu tujuan mereka.

 

Sebab apa anda menyanyi?

 

SEBAB #1 – Sebab suka-suka?

SEBAB #2 – Sebab memang nak jadi penyanyi dan menikmati hasil pendapatan dari menyanyi samada secara sampingan atau sepenuh masa?

 

Jika anda menyanyi sebab suka-suka (Sebab 1), anda boleh baca dalam keadaan yang santai-santai sahaja. Sebab tujuan anda jelas, memang nak nyanyi suka-suka.

 

Kemungkinan anda memang sudah mempunyai kerja tetap atau kerja lain selain dari menyanyi. Atau anda mungkin seorang pelajar yang masih menuntut.

 

Menyanyi adalah aktiviti untuk mengisi masa lapang anda. Tiada yang salah. Ianya bagus. Sebab anda isi masa lapang anda dengan membuat sesuatu. 😉

 

Jika anda menyanyi sebab yang Ke-2 – Anda baca artikel ini sampai habis dalam keadaan minda terbuka, kritis dan kreatif. (wah! Hehe). Anda dalam kelompok manusia yang hidup sepenuh masa atau separuh masa mencari rezeki dalam bidang nyanyian.

 

Menyanyi adalah sumber pendapatan anda.

 

 

Di akhir artikel ini, saya kongsikan pada anda, saya di kelompok yang mana. SEBAB #1 atau SEBAB #2 atau Kedua-duanya.

P/S – Artikel ini khusus untuk pembaca dalam kelompok yang memilih SEBAB #2. Tetapi Jika anda pembaca dari kelompok SEBAB #1, tiada masalah. Boleh je baca. Untuk tambah-tambah ilmu dari saya yang tak seberapa ini. Huhu! Mana tahu lepas baca artikel ini, anda tukar fikiran dan ubah hala tuju untuk memilih SEBAB #2, mana tahu?

 




 

 

 

Okay. Teruskan pembacaan.

 

 

Apa tujuan anda menyanyi? Apa sebab yang kuat mendorong anda untuk terus menyanyi?

Jika tujuan anda samar-samar, macam mana nak capai apa yang kita impikan.

Jika anda sendiri tidak mempunyai gambaran yang jelas tentang tujuan anda, macam mana nak dapat?

 

KESILAPAN #1

Saya dah sebutkan tadi. Apa dia?

 

Tiada tujuan yang jelas.

Umpama kita tidak mempunyai hala tuju. Kita mengharapkan sesuatu yang kita sendiri tak nampak gambarannya.

 

Apa akan jadi bila kita tiada tujuan yang jelas?

Ianya akan menjejaskan prestasi nyanyian anda. Yelah! Anda menyanyi sebab suka-suka. Anda tidak ambil serius. Bila membuat persembahan pun tidak ambil serius. Anda tidak akan maju kehadapan. Anda akan kurang membuat latihan. Anda letak “priority” menyanyi itu di pilihan yang terkemudian.

 

 

Jadi apa yang nak diherankan jika kita tiada kemajuan dalam bidang yang kita nak ceburi ini? Logik lah kan? Huhu!
Secara tanpa sedar, anda sudah pun tergolong dalam kelompok manusia yang memilih pilihan sebab yang pertama tadi – SEBAB 1.

 

Sebab itu saya katakan, untuk capai apa yang kita nak, kita tidak boleh skip untuk melalui fasa yang dinamakan PROSES ini.

 

 

Anda perlu lalu.

 

Seorang bayi yang nak pandai berjalan – Dia akan lalu proses jatuh, tergoleh terlentang, untuk dia dapat berjalan dengan baik.

Seorang budak yang nak pandai mengayuh basikal – Dia akan lalu proses jatuh basikal, kayuh-kayuh termasuh dalam longkang dan sebagainya, sebelum dia pandai mengayuh basikal dengan baik.

 

Ini logik dan hukum alam yang kita kena faham Tuan-tuan dan Puan-puan.

 

Nak lagu diputarkan di radio atau stesen TV – Apa proses yang anda perlu hadap untuk sampai tahap DJ radio dan TV menerima lagu anda untuk diputarkan?

 

“Pergi ke stesen radio… jumpa DJ radio… beri CD pada mereka… Suruh mereka putarkan lagu.. Balik…”

 

Itu sahaja kah?

 

Ini semua orang tahu.

 

Yang orang TAK TAHU:

 

  • Pergi stesen radio, nak jumpa DJ radio. DJ radio tiada. Balik rumah. Set hari lain untuk jumpa DJ.

 

  • Pergi lagi ke stesen radio, nak jumpa DJ. Beri lagu pada DJ. Kualiti lagu tak capai tahap piawaian untuk diputarkan diradio. (Lagu tak sedap, rakaman lagu tak bagus). Balik rumah. Terbit semula lagu, rakam lagu semula supaya lebih baik.

 

  • Pergi lagi ke stesen radio. Jumpa DJ. Beri lagu yang dah diterbitkan semula. DJ terima lagu. Balik rumah. Undi sendiri lagu dalam carta untuk di keudarakan.

 

 

Situasi di atas siapa pernah alami? Inilah salah satu contoh PROSES yang tak ramai sanggup untuk hadap.

 

Rejection – Penolakan.

 

Bukan mudahkan? Lagi lah sekarang begitu banyak lambakan lagu dalam pasaran. Bagaimana nak bersaing?

Soalan saya untuk anda fikirkan balik – Apakah tujuan anda sebenarnya?

 

 

KESILAPAN #2

Tiada senarai dan koleksi lagu yang banyak.

Penting ke? Kenapa nak kena ada senarai lagu? Kena ada koleksi lagu berapa banyak? 5 lagu? 10 lagu? 50 lagu? 100 lagu?

 

PENTING!

 

Saya ulang. PENTING!

 

 

Kalau koleksi lagu anda setakat ada 2-3 sahaja. Memang tiada senarai la ceritanya.. huhu!

 

Anda sekurang-kurangnya perlu ada koleksi lagu yang banyak. Minimum 50 lagu. Dan anda perlu betul-betul mahir dan kuasai kesemua 50 lagu tersebut.

 

Apa logiknya nak kena mahir kesemua lagu tu?

 

Logik #1 – Jika anda diundang oleh mana-mana orang untuk membuat persembahan di 1 majlis makan malam. Anda rasa cukup ke hanya nyanyi 3-4 lagu. Tak cukup.

Biasanya dalam 20-30 lagu yang anda kena nyanyi. Lagu pula adalah pelbagai. Kebanyakkan meraka akan request lagu yang anda sendiri tak suka nak nyanyi pun lagu tu. Tapi kena nyanyi juga.

Kadang-kadang ada situasi yang mana pelanggan anda akan request unutk tambah lagu lagi. (semestinya ada tambahan bayaran). Jika anda tak bersedia dengan lagu tambahan. Macam mana? Takkan nak nyanyi lagu ulang-ulang yang sama sahaja? Tentunya bukan, kan?

 

Logik #2 – Bila koleksi lagu anda banyak, secara tak langsung anda akan belajar pelabagai genre lagu dan belajar cara nyanyian yang berbeza-beza. Melalui proses ini anda akan dapat pelbagai teknik nyanyian yang anda sendiri tak pernah buat.

Contoh – Anda seorang penyanyi yang meminati lagu-lagu balada. Tetapi tugasan anda, perlu untuk nyanyi lagu yang ber”genre” Jazz. Jadi ini akan mencabar tekak suara anda untuk blend suara anda dengan genre muzik yang dimainkan. Bukankah anda akan dapat belajar sesuatu dari situasi ini?

 

Pada peringkat awal, penyanyi-penyanyi baru memang diasak untuk dengar dan nyanyi pebagai jenis lagu. Fasa inilah anda cabar tekak anda dan proses untuk anda mencari identiti anda.

 

Anda mungkin rasa anda lebih sesuai dengan rock, jadi anda pilih lagu-lagu rock sahaja untuk dinyanyikan. Anda tidak mahu cuba genre lain yang mungkin tona suara anda lebih sesuai dengan lagu-lagu RnB misalnya. Mana tahukan?

 

 

KESILAPAN #3

Tiada disiplin semasa persembahan nyanyian anda.

 

Apa yang dimaksudkan tiada disiplin semasa membuat persembahan?

 

  • Masa tengah menyanyi, boleh pula tiba-tiba berhenti kemudian tukar lagu lain.

 

  • Banyak gelak tanpa sebab. Kononnya nak nampak cool dan kawal penonton.

 

  • Sesuka hati tukar melodi sesebuah lagu sehingga mencacatkan lagu.

 

  • Tak buat persediaan. Nyanyi lagu sendiri, tapi tak hafal lagu sendiri!

 

  • Tak bersemangat. Sambil lewa.

 

Diatas ini adalah contoh yang dimaksudkan – Tiada Disiplin.

 

Saya sendiri pernah menghadapi penyanyi seperti ini. Lebih malang sekali, penyanyi ini adalah penyanyi dibawah naungan syarikat Label. Saya pada waktu itu ditugaskan sebagai Juru bunyi (Soundman).

 

Jika kesalahan ini dilakukan oleh penyanyi amatur/baharu, ianya boleh dimaafkan. Tetapi ini dilakukan oleh penyanyi yang dibawah naungan syarikat label ternama. Apa kesannnya?

 

 

Kesannya buruk pada penyanyi itu dan label itu sendiri.

 

Secara logiknya, kesilapan ini memang sering dilakukan oleh penyanyi-penyanyi baru yang tak melalui proses yang saya katakan tadi. Proses membina pengalaman. Proses mengajar kita. Pengalaman mengajar kita. Dari situ kita akan belajar unutk kurangkan reaksi dan tindakan yang kita tak sepatutnya buat.

 

Apa yang kita boleh belajar dari keadaan ini?

 

Untuk penyanyi baru, banyakkan dapat persembahan. Percuma pun tak mengapa. Dari situ kita akan belajar banyak benda. Belajar dengan melihat penyanyi lain membuat persembahan.

 

 

Lepas lihat, buat!

 

 

Kemudian rakam persembahan kita.

 

Dari situ kita akan nilai semula melalui video yang dirakam. Kita dapat tonton sendiri bagaimana cara kita menyanyi di tas pentas. Bagaimana dengan showmanship kita? Bagaimana nyanyian kita? Bagaimana interaksi kita dengan penonton?

 

 

Kesemua sudut ini kita boleh nilai untuk kita tingkatkan lagi kualiti persembahan kita.

 

Tadi saya ada janji di awal penulisan saya – Saya nak kongsikan saya pilih SEBAB #1 atau SEBAB #2, atau kedua-duanya. Kan?

 

Yang ini saya nak kongsikan pada meraka betul-betul nak tahu sahaja.

Yang nak tahu, balas Artikel ini dengan menaip “SAYA NAK TAHU!”.

Saya akan bagitahu pada mereka yang nak sahaja. 😉

 

ANDA NAK SERIUS DALAM BIDANG NYANYIAN, TAPI TAK TAHU BAGAIMANA? KLIK SINI!

 

Anda seorang penyanyi yang berminat untuk memiliki rakaman lagu SINGLE sendiri? Klik Sini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *