Dalam mana-mana bidang yang kita ceburi, akan terdapat persaingan. Ianya lumrah dan bukan sesuatu yang asing. Sebagai Penyanyi/Pemuzik/Band (Disebut sebagai Pengkarya), kita sepatutnya tidak perlu gentar untuk menghadapi persaingan yang semakin tinggi.
Jika kita lihat, begitu ramai bakat-bakat baru muncul yang mempunyai suara dan kemahiran bermuzik yang sangat bagus.
Persoalannya, bagaimana kita nak menghadapi situasi ini dan terus kekal dalam survival ini?
Ramai juga pengkarya yang tidak mampu untuk bertahan dalam industri ini dan akhirnya memilih untuk menceburi dalam bidang yang berlainan.
Apabila semakin banyak persaingan, hanya bertahan sahaja akan terus kekal dalam “permainan” ini. Mereka yang masih dapat terus bertahan ini, apakah strategi dan langkah yang mereka ambil?
Usah gentar, dan panik. Pasti ada jalan dan cara untuk kita menghadapinya. Yang penting, kita usaha dan cari jalan supaya kita dapat menghadapi situasi ini.
Dibawah ini kami kongsikan tip untuk menghadapi persaingan yang semakin tinggi.
1. Perang harga senjata bagi pengkarya amatur
Usah pedulikan pesaing anda yang sering menggunakan teknik potong harga untuk mendapatkan pelanggan. Jangan sesekali untuk masuk dalam perangkap perang harga kerana ia akan membinasakan anda sendiri. Anda sendiri akan penat. Tidak berbaloi sama sekali.
Bukan semua pelanggan suka dengan harga murah. Ia! Memang pelanggan suka harga murah. Tetapi tidak semua. Ada pelanggan memang mencari yang kualiti.
Apa yang patut anda fokuskan adalah, bagaimana unutk menawarkan nilai dan pastikan pelanggan anda faham nilai yang anda tawarkkan kepada pelanggan anda.
Pastikan pelanggan anda merasa berbaloi dengan perkhidmatan yang ditawarkan dengan jumlah harga perkhidmatan.
Berkenaan cara menghadapi pelanggan yang suka minta harga murah, kami ada menulis artikel khas berkenaan ini.
2. Kenal pasti siapa pelanggan anda
Siapa pelanggan kita? Jika kita gagal kenal siapa pelanggan kita, anda patut rasa resah mulai sekarang!
Kita tidak boleh mensasarkan secara pukul rata. Anda harus lebih spesifik. Anda perlu target kepada bakal pelanggan yang sepatutnya sahaja.
Contoh:
- Anda jual ubat melangsingkan badan kepada orang yang dah memang kurus.
- Anda jual gitar/alat muzik kepada orang yang tak minat muzik.
- Anda buka kelas menyanyi dan tawarkan perhidmatan ini kepada orang yang tak minat menyanyi.
Diatas adalah beberapa contoh mudah untuk anda fahamkan. Menjual kepada pelanggan yang salah.
Jika anda menwarkan perkhidmatan persembahan nyanyian, sasaran anda perlu lebih spesifik. Sasarkan kepada orang yang ingin berkahwin, contohnya.
Ataupun, sasarkan kepada Event Organizer. Mereka inilah bakal pelanggan anda.
Selain itu, fokus kepada nilai yang anda berikan. Ingat! Anda sedang menghadapi persaingan. Fokus kepada nilai.
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai itu?
Saya berikan contoh supaya anda lebih faham. Contoh dibawah ini adalah petikan dari Tuan Norizan Syarif, salah seorang Mentor saya.
Pelanggan tak beli nasi lemak. Pelanggan beli sedap.
Pelanggan tak beli buku. Pelanggan beli ilmu.
Pelanggan tak beli kereta. Pelanggan beli cepat, selesa dan status simbol.
Nampak tak apa yang dimaksudkan dengan nilai?
3. Tingkatkan Social-Beauty anda
Apa itu Social-Beauty (SB)?
Nilai SB adalah mahal. Dalam industri hiburan (nyanyian & muzik), SB kita perlu hebat dan menyerlah. Salah satu unsur dalam SB adalah gaya bahasa atau kemahiran kominukasi anda.
Contoh:
Industri hiburan adalah perniagaan yang berbentuk perkhidmatan. Maka, gaya bahasa atau kemahiran komunkasi sangat penting dalam menaikkan SB kita.
Hotel, Resort, Restoran atau mana-mana tempat yang kelas tinggi dan bertaraf 5 bintang, mereka ini menggunakan gaya bahasa dan komunikasi tahap tinggi/korporat. Mereka ini golongan berduit.
Golongan berduit hanya ingin menggunakan perhidmatan yang menggunakan gaya bahasa dan komunikasi tinggi. Sebab mereka ada kelas tersendiri.
4. Mula menulis Blog atau Vlog
Sekarang bukan lagi macam zaman dahulu. Strategi pemasaran dahulu berbeza dengan strategi pemasaran zaman sekarang.
Zaman sekarang adalah pemasaran berbentuk konten. Gunakan media yang ada sekarang untuk menyampaikan konten yang dapat memberi nilai tambah kepada pelanggan anda. Antara media yang anda boleh guna adalah Facebook Page, LinkedIn, YouTube, dan juga WordPress (Blog).
Kongsikan konten yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Jangan terus menjual perkhidmatan atau produk anda. Pastikan anda guna prinsip AIDA dalam pemasaran anda.
Awareness – PAstikan pelanggan tahu kewujudan anda supaya mereka tahu perhidmatan atau produk apa yang anda jual. Sediakan konten yang bagus supaya pelanggan terus membaca konten anda. Kongsikan di media sosial anda.
Interest – Dorong pelanggan anda supaya mereka berminat untuk tahu tentang perhidmatan/produk anda. Kongsikan manfaat yang akan pelanggan anda bakal perolehi. Bukan menceritakan ciri-ciri perkhidmatan/produk anda.
Desire – Pelanggan anda sudah berkeinginan. Di fasa ini, pelanggan anda akan banyak bertanya pada anda. Pastikan Khidmat Pelanggan anda bagus. Gunakan gaya bahasa dan kemahiran kominukasi anda untuk menjawab pertanyaan dari pelanggan anda.
Di fasa ini juga, akan ada 2 kemungkinan. Samada pelanggan anda akan membeli atau mereka tidak beli perkhidmatan/produk anda. Jangan khuatir jika mereka tidak memilih anda. Merekan bukan tidak membeli. Tetapi belum membeli. Teruskan layan dengan baik pelanggan anda.
Action – Pelanggan beli/pilih anda.
5. Percaya & yakin dengan perkhidmatan anda
Sebagai pengkarya, anda perlu tahu “menjual”. Anda perlu yakin dengan apa yang anda tawarkan kepada pelanggan anda. Jika anda sendiri tidak yakin, bagaimana pelanggan nak yakin dengan anda?
Sebab itu kita perlu tahu apa kelebihan dan kekurangan yang ada pada perkhidmatan kita. Supaya apabila kita berhadapan dengan pelanggan, urusan menjual akan lebih mudah.
Jangan khuatir sekiranya pelanggan tidak jadi membeli/memilih anda. Sebaliknya, lakukan sedikit kajian dan juga cuba tingkatkan lagi kemahiran menjual anda.
Kesimpulannya, tip yang kami kongsikan ini adalah sebahagian teknik/kaedah yang anda boleh cuba lakukan. Anda boleh memilih untuk tidak lakukan apa-apa. Ianya bergantung pada anda.
Yang pasti, anda perlu buat sesuatu. Tidak hanya berpada hanya menunggu pelanggan datang kepada anda. Ini bukan zamannya.
Tiada satu pun kejayaan yang dikecapi dengan mudah. Semuanya memerlukan masa, tenaga, pengorbanan, kajian, usaha, ketekunan dan juga kesungguhan.
Apa yang penting, jangan berhenti untuk menerima ilmu-ilmu baharu. Jangan lupa juga amalkan. Ilmu tanpa amal, tak jadi apa.