10 Lagu pembakar semangat wajib dengar bila diri rasa “down”.

Jiwa orang seni, memang susah nak pisah dengan lagu. Sentiasa dengan lagu.

 

Sambil memandu kereta – Dengar lagu.

Sambil study – Dengar lagu.

Sambil buat kerja – Dengar lagu.

Sambil bersenam pun – Dengar lagu.

 

Yang lagi istimewanya, mereka bukan main dengar sahaja dengar lagu yang mereka nak dengar. Jiwa pendengar seni muzik ini ada pilihan lagunya tersendiri. Lagu waktu gembira, lain. Lagu waktu sedih, lain.

 

Lagu waktu tengah down, jiwa tengah “koyak”, ada lagunya..

 

Ini 10 lagu yang saya selalu dengar bila rasa down, rasa macam nak putus semangat. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi saya nak kongsikan 10 sahaja dulu.

 

#1 Peter Gabriel with Paula Cole – Don’t Give Up

Lagu ni tak berapa famous sangat. Tak tahulah kalau anda semua pernah dengar ke tak lagu ni. Tapi lagu ini sangat memberikan kesan pada saya. Lirik lagu ini memang “win”. Memang kena betul bila kita rasa nak “give up”.

 

#2 Queen – We Are The Champion

Lagu Queen – We Are The Champion, ni takkan anda tak tahu kan? Mesti tahu punya. Lagu ni terbitkan pada tahun 1977. Walaupun lagu hampir berusia 47 tahun, tapi masih lagi berbisa dan dapat “naik semangat” bila mendengarnya.

 

#3 Josh Groban – You Raise Me Up

Bagi saya, lagu ini “not bad”. Bukan termasuk dalam top 3 lagu favourite saya. Susunan muzik, lirik dan melodi lagu ini bagi saya cukup baik. Cuma, Vokal lagu ini saya kurang minat. Haha! Tapi.. masih lagi boleh dikira sebagai lagu pembangkit semangat. 🙂

 

#4 Ella – Standing In The Eyes

Lagu ini memang nombor 1. Standing In The Eyes diterbitkan sewaktu Temasya Sukan Komanwel 1998. Waktu ini saya umur masih lagi 9 tahun. Lagu ini antara salah satu lagu yang buatkan saya rasa bangga jadi anak Malaysia. Sebuah Masterpiece!

 

#5 U2 – Beautiful Day

Nak mulakan hari baru dengan lebih semangat dan yakin, dengar lagu ini. U2 sebuah band Rock Irish yang sangat popular. Tak tahu la anda kenal ke tak band ni. Anda kenal ke?

 

#6 Faizal Tahir -Gemuruh

Lagu ini memang betul-betul lagu motivasi. Sebut je apa sahaja program motivasi anjuran kerajaan, sekolah, kolej, universiti, kelas bisnes, takaful? Mesti wajib pasang lagu ni.

 

#7 Bunkface – Malam ini Kita Punya

Siapa yang jiwa dia masih muda, lagu ini sesuai. Lagu yang sesuai dipasang sewaktu festival, hari belia, atau hari sukan.

 

#8 Mirai – Kiroro

Lagu ini agak tak jangka boleh jadi lagu motivasi untuk saya. Sewaktu lagu ini rilis (1998), saya agak tak minat nak dengar. Lagu ini menjadi perhatian saya sewaktu kami kena perform di satu majlis di Johor. Lagu yang penuh dengan nasihat.

 

#9 Hujan – Rumah Kita

Lagu ini memang kena dengan jiwa! yang tak minat muzik keras sebegini mungkin takkan minat. Tapi bila kita hayati lirik lagu ini, meemang sampai “feel”nya.

 

#10 Aizat Amdan – kau Aku

Lagu ini agak “nice” juga. Berentak rancak dan arah lagu ini lebih membawa kepada mood semangat dan tak putus harapan.

 

Macam mana? Okay ke tak 10 lagu yang saya kongsikan ini? Apa kata anda kongsikan pula lagu pembakar semangat anda. 🙂

 

arrow

ANDA ADA LAGU YANG MASIH BELUM RAKAM DI STUDIO? KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PAKEJ HARGA RAKAMAN YANG BERBALOI DENGAN DUIT POKET ANDA.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *