Anugerah Lagu Indie penghormatan kepada pengkarya indie

Kepada anda yang tak pernah dengar tentang Anugerah Lagu Indie (ALI) adalah sebuah pertandingan untuk bakat-bakat muzik dan nyanyian khususnya bagi pengkarya indie.

Lebih kurang macam Anugerah Juara Lagu (AJL), cuma ALI lebih kepada penggiat indie.

Macam mana dengan penyertaan?

Anda tak perlu ada jumlah pengikut puluh ribu, muka yang hencem, kacak dan lawa (Haha!). memang “purly” penilaian pada lirik, melodi, gubahan muzik dan vokal.

Dalam ALI, ada 6 kategori pemenang iaitu:

1. Anugerah Lagu Terbaik
2. Anugerah Pop Terbaik
3. Anugerah Persembahan Terbaik
4. Anugerah Hip Hop terbaik
5. Anugerah Rock Terbaik
6. Anugerah Lagu Terpaling Platinum

Untuk maklumat yang lebih detail, boleh layari website rasmi mereka, https://www.anugerahlaguindie.com.my/

Segala butiran terma dan syarat, penyertaan lagu, juri, dan macam-macam lagi ada di website.

Oh ya. Lagu yang kami produce, dapat ke pusingan Akhir. Alhamdulillah! 😊

Nak tahu lagu yang mana? Boleh tonton sedutan video dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *