Sebelum ini, MACP menetapkan 5 buah lagu untuk mana-mana pengkarya yang ingin menjadi ahli MACP.
Tetapi bermula 1 April 2024, syarat itu dilonggarkan hanya sebuah (1) lagu sahaja boleh melayakkan anda untuk mendaftar.
Ini syarat-syarat untuk mendaftar sebagai ahli MACP :
- Komposer dan/atau penulis lirik asal.
- Mencipta sekurang-kurangnya SATU (1) gubahan muzik.
- Semua karya muzik mesti telah disiarkan sekurang-kurangnya pada mana-mana medium penyiaran seperti TV, radio, digital platform (YouTube, Spotify, dan lain-lain) dan/atau dipersembahkan atau dimainkan secara langsung dikhalayak ramai.
- Bagi penulis/pencipta lagu Jingle, mestilah mencipta sekurang-kurangnya SATU (1) dan telah disiarkan di radio/TV.
Berikut adalah dokumen yang anda perlu sediakan :
- Salinan MyKad (IC) atau Passport.
- Borang permohonan keahlian. (muat turun borang KLIK SINI)
- Borang Deed of Assignment. (Muat turun borang KLIK SINI)
- Borang Work Registration Forms (Muat turun borang KLIK SINI)
- Borang pengesahan Akaun Bank. (Muat turun borang KLIK SINI)
- Surat daripada penerbit yang mengesahkan nama pena anda. (Muat turun borang KLIK SINI)
- Salinan Inlay atau digital platform (YouTube, Spotify, etc). (Muat turun borang KLIK SINI)
Sumber : https://macp.com.my/how-to-join/