Pernah tak bila kita berada di suatu majlis/event yang asing? Tiada satu orang pun yang kita kenal di majlis itu. Kebanyakkan orang akan berasa kekok untuk memulakan perbualan dengan orang lain.
Di peringkat awal, kita memang akan rasa malu untuk bercakap dengan orang lain. Orang tak kenal kita, kita pun tak kenal mereka. Jadi pasti sukar untuk kita mulakan perbualan.
Dibawah ini saya sertakan 3 tip mudah untuk mulakan perbualan dengan rakan penyanyi/pemuzik baru yang kita tak kenal.
1. Perkenalkan diri
Langkah ini tidak sukar untuk kita lakukan. Kita menyapa mereka, dan mulakan sesi perkenalkan diri anda. Beritahu nama, anda dari mana, dan juga posisi anda (Penyanyi? Komposer? Pemain Gitar?).
Mulakan sapaan dengan penuh santai. Jangan lupa juga untuk senyum. Semasa perkenalkan diri, sebut dengan jelas, dan tempo percakapan yang sederhana.
2. Mulakan topik yang ringkas
Selepas memperkenalkan diri, anda boleh mulakan perbualan dengan memilih topik perbualan yang ringkas. Tidak terlalu berat. Topik perlulah kedua-dua pihak berasa selesa untuk berbual. Elakkan untuk bercakap pada topik yang sensitif.
3. Minta Pendapat
Selepas perbualan sudah menampakkan keselesaan di antara dua pihak, anda boleh teruskan dengan tip ini. Minta pendapat kepada mereka berkenaan topik yang anda telah bualkan. Apabila kita minta pendapat, mereka akan merasakan kita betul-betul selesa berbual dengan mereka.
Tunjukkan sikap ingin tahu dan merendah diri apabila kita berjumpa dengan orang baru. Ini akan menaikkan nilai sosial kita.