Saban hari, ramai penyanyi-penyanyi baru yang muncul di dalam pasaran. Terlalu ramai. Demi survival jangka masa panjang, kita sudah tentu perlu bagaimana untuk sentiasa kekal relevan dan diterima pendengar.
Jika anda hanya bergantung harap pada suara yang sedap sahaja, penyanyi lain pun mempunyai suara yang sedap juga. Jadi, apa yang membezakan anda dengan penyanyi yang lain?
Anda perlu tahu beberapa kemahiran lain untuk menjadikan anda mampu bersaing dengan penyanyi lain.
Untuk menjadikan anda seorang penyanyi yang berdaya saing, bakat menyanyi sahaja tidak cukup. Anda juga perlu mahir 5 kemahiran yang lain. Ini kemahiran yang anda perlu tahu:
1. Kemahiran Komunikasi
Sebagai seorang penyanyi, anda bukan sahaja perlu mahir berkomunikasi dengan peminat/pendengar di atas pentas sahaja. Tetapi juga di luar waktu persembahan. Dengan menggunakan laras bahasa komunikasi yang baik, ini menjadikan kita seorang penyanyi yang senang untuk berurusan dengan orang lain.
Komunikasi bukan sahaja hanya bila kita berjumpa dengan orang, tetapi juga di media sosial.
Kita akan berhadapan dengan ramai orang. Jika komunikasi kita baik, nilai sosial kita pun akan meningkat.
2. Pengurusan waktu
Urus waktu anda dengan baik. Susun jadual rutin anda dan bahagikan masa sebaik-baiknya. Dahulukan perkara-perkara yang perlu dibuat dahulu, disusuli dengan perkara yang kurang penting.
Bangun di awal pagi adalah salah satu contoh sikap penyanyi yang baik dan bagus. Kurangkan melepak, atau mengopi sehingga lewat malam tanpa apa-apa tujuan yang penting.
3. Pengurusan Kewangan
Ini sangat penting. Urus kewangan anda dengan bersistem. Bagaimana anda urus wang anda setiap kali anda mendapat bayaran persembahan? Adakah anda masukkan wang bayaran persembahan ke dalam Akaun Semasa atau Akaun Simpanan anda?
Asingkan akaun peribadi dan akaun kerja anda. Setiap wang anda terima sebagai bayaran persembahan, ia adalah wang kerja anda.
Buat sistem gaji. Anda boleh tetapkan berapa gaji anda untuks etiap bulan. Setiap hujung bulan, keluarkan wang (Gaji) dari Akaun Semasa.
Untuk memulakan sistem gaji ini, memerlukan disiplin yang tinggi. Disiplinkan diri untuk mengambil duit gaji tetap, bukan mengeluarkan duit dari Akaun Semasa anda sesuka hati.
4. Ilmu Pemasaran
Sebagai seorang penyanyi, anda perlu untuk tahu serba sedikit asas ilmu pemasaran. Gunakan platform percuma sedia ada untuk anda pasarkan diri anda.
Facebook, YouTube, LinkedIn, Twitter dan lain-lain lagi, ini adalah platform percuma yang anda boleh teroka untuk anda nikmati berhubung dengan pendengar dan peminat anda. Luangkan sedikit masa untuk pelajarinya. Ianya sangat berbaloi.
5. Kemahiran Berfesyen
Apa yang kita pakai melambangkan siapa diri kita. Sebagai penyanyi, anda perlu tahu serba sedikit tentang berfesyen. Anda nak dikenali sebagai penyanyi yang bagaimana? Berimej korporat? Rock Star? Casual?