5 Sebab Kenapa Tahap Nyanyian Kita Tiada Peningkatan. Baca Ini!

Pernak tak kita rasa macam ni?

 

Dah praktis macam nak gila tapi rasa macam tiada apa-apa perubahan…

Rasa macam nyanyian kita sama sahaja seperti dahulu…

Rasa macam membazirkan waktu sahaja…

 

Masa banyak telah dihabiskan dengan berlatih menyanyi. Tetapi bila nyanyi, kita masih gagal untuk kagumkan orang yang mendegar nyanyian kita.

 

Saya dah jumpa dengan ramai bakat-bakat baru yang minat menyanyi. Ada yang saya dah kenal bertahun-tahun. Tetapi cara nyanyian masih begitu juga.

 

Sayangnya..

 

Ianya bukan seorang dua.. Tetapi ramai yang begini!

 

Apabila saya buat sedikit kajian, saya dapati ada beberapa perkara yang SAMA yang mereka lakukan.

 

Rutin yang SAMA itu yang menjadikan tahap nyanyian mereka tidak menunjukkan apa-apa peningkatan.

 

 

Izinkan saya untuk kongsikan pada anda 5 sebab kenapa tahap nyanyian kita tiada peningkatan.

 

1. Salah cara praktis

Aih! Dah praktis pun boleh salah? Betul. Jika kita salah praktis, keputusannya pun salah dan tidak betul. Kita tidak dapat apa-apa output yang positif. Kita hanya membazir waktu dan tenaga sahaja.

 

Saya beri contoh untuk mudah faham.

 

Seorang pemanah membuat latihan memanah ke papan tuju sebanyak 1000 kali sehari. Jika kita lihat angka, pemanah ini membuat latihan yang hebat. 1000 panah setiap hari. Cukup 30 hari mesti dapat panah tepat ke sasaran.

 

Ye ke? Belum tentu. Angka 1000 tidak memberikan apa-apa makna jika cara pemanah itu memanah menggunakan cara yang salah. Cara tarik busur dengan tidak betul. Cara melepaskan busur dengan tidak betul. Cara berdiri dengan tidak betul. Bagaimana nak dapat panahan yang tepat kesasaran?

 

2. Salah mencari guru

Guru adalah untuk membimbing anak murid. Jika kita telah pun mendapatkan guru vokal, pastikan guru itu mampu mengajar dengan betul dan ajar apa yang kita ingin belajar. Setiap guru mempunyai kelebihan masing-masing. Tidak semua guru tahu semua perkara.

 

Ada beberapa perkara yang mereka tidak tahu. Ianya bukanlah satu kelemahan bagi seseorang guru. Tetapi ianya memang lumrah untuk kita sebagai manusia, tidak semua perkara kita tahu. Bukan?

 

Contoh:

Jika kita nak mahir nyanyian dalam genre Jazz, pastikan kita cari guru yang mahir mengajar nyanyian genre jazz. Jangan cari guru yang mahir genre Metal atau rock. Lain genre, lain bidang, lain kepakaran, lain tekniknya.

 

3. Kita rasa hanya kita sahaja yang betul

Bila ada orang lain yang berikan tunjuk ajar pada kita, kita jangan melawan. Kita jangan tunjuk yang kita pun tahu. Elakkan untuk termasuk dalam kancah perdebatan. Ianya tak berkesudahan. Yang kita nak adalah ilmunya. Kalau kita rasa tak bersetuju dengan pendapat seseorang itu, diamkan sahaja. Ketap bibir rapat-rapat. Jangan disebabkan kita nak menang, kita hilang persahabatan.

 

Jika ada seseorang menegur cara nyanyian kita, jangan cepat untuk menegakkan pendapat kita. Dengar dahulu. Tenangkan diri dahulu. Kemudian baru fikir balik samada apa yang orang tu kata betul atau tidak.

 

Jika kita yakin pendapat kita betul, teruskan. Jangan kondem atau kritik orang itu.

 

 

4. Terlalu selesa dengan pencapaian yang ada

Ini adalah penyakit yang sangat bahaya. Kita jangan rasa kita dah cukup tahu semua benda. Pencarikan ilmu baru perlu diteruskan. Semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita tak tahu.

 

Semakin banyak ilmu yang kita cari dan amalkan, semakin cepat tahap dan pengetahuan kita dalam nyanyian.

 

Jika kita terlalu selesa dengan pencapaian yang kita ada, susah untuk kita berdaya saing dengan bakat/penyanyi lain. Kita akan tertinggal di belakang.

 

5. Tak pernah rakam nyanyian atau persembahan

Rakam nyanyian atau persembahan kita adalah satu kaedah yang sangat penting untuk ukur dan analisis nyanyian kita.

 

Contoh :

Bagaimana sesebuah syarikat hendak menilai prestasi kewangan, atau perkembangan (growth) mereka? Tentunya melalui rekod kewangan seperti melihat kepada aliran wang tunai, atau penyata perakaunan syarikat mereka. Melalui itu mereka membuat analisa bagaimana untuk menambahkan lagi aset syarikat atau mengembangkan lagi empayar syarikat itu.

 

Rakam adalah penting. Semasa kita membuat persembahan, kita tidak dapat nak menilai tahap nyanyian kita baik atau tidak.

 

Dengan adanya rakaman ini, kita dapat lihat balik prestasi nyanyian kita.

 

KLIK SINI JIKA ANDA SERIUS INGIN TINGKATKAN TAHAP NYANYIAN ANDA!

 

Muat Turun Ebook PERCUMA Cara Menjana Pendapatan Dengan Bakat Nyanyian. Klik SINI!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *