6 Tip Ringkas Cara Manfaatkan Media Sosial Bagi Penyanyi Baru

Media sosial seperti Facebook, Instagram, LinkedIn, Twitter, dan lain-lain lagi bukanlah perkara baru dalam masyarakat Malaysia. Setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, sekurang-kurangnya mesti mempunyai 1 akaun media sosial.

 

Ianya bergantung pada kita bagaimana cara kita hendak manfaatkan sepenuhnya media sosial kita. Sama ada untuk perkara yang baik, ataupun tidak.

 

Bagi penyanyi baru, komposer baru, atau juga penulis lirik baru, media sosial adalah salah satu platfom yang memberikan kesan yang sangat besar kepada kelompok ini.

 

Perkongsian kali ini adalah tip ringkas bagaimana cara untuk manfaatkan media sosial kita.

 

1. Tapis rakan anda

Ini bukanlah bermaksud anda memilih-milih dengan siapa anda hendak berkawan di media sosial. Tapis disini bermaksud kita pilih rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dengan kita, atau pun rakan yang meminati muzik.

 

Logiknya begini:

 

Orang yang suka muzik, suka berkawan dengan orang yang suka muzik.

 

Kaki pancing, suka berkawan dengan kaki pancing.

 

Tujuannya adalah, bila mana kita membuat posting video kita menyanyi, orang yang suka menyanyi dan minat muzik akan “Like” posting video kita. Sebab rakan-rakan anda mempunyai minat yang sama dengan anda.

 

2. Pamerkan maklumat yang asli, bukan palsu

Pamerkan maklumat yang berkaitan seperti nama sebenar anda. Elakkan nama samaran yang tak berkaitan. Ianya adalah untuk meningkatkan keaslian akaun media sosial anda.

 

Anda suka tak jika ada orang yang tak dikenali add atau follow anda tanpa menggunakan nama sebenar?

 

3. Elakkan untuk beri nombor telefon peribadi, alamat rumah atau apa-apa maklumat bersifat peribadi

Ianya sangat penting untuk menjaga privacy anda. Untuk mengelakkan apa-apa keadaan yang tidak diingin. Cukup sahaja anda mempamerkan alamat email, atau Nombor telefon rasmi untuk urusan kerja.

 

4. Gunakan gambar profil asli

Anda sebagai penyanyi, anda boleh gunakan gambar anda didalam studio, atau semasa sesi rakaman vokal. Jika anda seorang pemuzik, anda boleh gunakan gambar anda bersama alat muzik. Ianya secara tidak langsung memberikan gambaran kepada rakan media sosial yang lain yang anda seorang penyanyi atau pemuzik.

 

5. Muat naik status berkaitan dengan bidang anda

Buat posting yang orang suka baca. Media sosial adalah untuk bersosial. Ianya tidak mengapa jika posting itu pendek atau panjang. Yang penting adalah isinya. Isinya mestilah berbentuk yang positif, berkaitan dengan bidang anda dan juga posting yang menggambarkan siapa anda.

 

Jika anda kerap membuat posting berkaitan makanan, rakan media sosial tahu yang anda suka makan.

 

Jika anda kerap membuat posting berkaitan kereta, rakan media sosial anda tahu anda minat kereta.

 

Jika anda kerap muatnaik video menyanyi, rakan media sosial anda tahu yang anda minat dan suka menyanyi.

 

6. Jauhi perdebatan, atau meroyan di media sosial

Ini anda perlu elakkan. Ianya tidak memberikan apa-apa manfaat pada anda. Jika anda mempunyai masalah, meroyan di media sosial bukanlah cara penyelesaiannya. Selesaikanlah dengan cara yag baik. Tidak perlu diheretkan ke media sosial. Ianya akan merosakkan kredibiliti anda di media sosial.

 

ANDA MEMPUNYAI LAGU DAN NAK PELAJARI CARA PASARKAN LAGU SECARA LANGSUNG? 

KLIK DI SINI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *