Pernah terfikir tak untuk anda akan menjana pendapatan pasif melalui YouTube? Semestinya anda mahukan? Buat video seronok-seronok tapi boleh jana pendapatan.
YouTube adalah platform video milikan Google Inc yang mana jumlah penggunanya tersangatlah ramai.
Anda perasan tak, apabila anda menonton video di YouTube, sebelum video mula akan ada iklan yang muncul. Tahukah anda, pemilik video yang anda tonton itu sedang menikmati royalti yang dibayar oleh YouTube setiap kali anda menonton video itu?
Ya! Begitulah caranya pemilik akaun YouTube menjana pendapatan. Artikel kali ini, saya akan kongsikan bagaimana caranya.
Untuk makluman, Akaun YouTube kami juga, Longan Garage sudah pun layak untuk menjana pendapatan dari YouTube. Sebab itu kami akan kongsikan pada anda berdasarkan pada pengalaman kami sendiri.
Tetapi, ia bukanlah kerja satu malam. Kerja ini memerlukan ketekunan dan usaha yang tinggi. Terutamanya sekali, video-video anda itu mesti mempunyai konten yang bagus dan dapat menarik penonton untuk terus menonton video-video yang anda hasilkan.
Kalau 2-3 orang sahaja yang tonton, bagaimana nak dapat duitnya? Huhu!
Jumlah tontonan anda mesti banyak. Lagi tinggi tontonan, lagi tinggi YouTube akan bayar anda.
LANGKAH #1
Apa yang anda perlu ada dahulu, semestinya akaun YouTube. Jika belum ada, anda hanya perlu buka akaun Google.
Kemudian, anda sudah mula boleh memuatnaik video ke YouTube.
Persoalannya adalah, video apa yang kita nak muatnaik?
Pertama sekali, anda perlu tahu siapa target penonton anda. Anda perlu kenal siapa target anda. Selepas tahu siapa target anda, lebih mudah untuk anda membina konten yang tersusun dan lebih tepat pada sasaran penonton.
Saya beri contoh mudah untuk anda faham:-
Anda seorang pemain gitar. Anda nak sasarkan pada golongan yang minat bermain gitar macam anda. Jadi, konten yang anda boleh buat adalah:
- Video Gitar Cover
- Tip cara penjagaan gitar
- Cara solo gitar
- Cara belajar lagu
- Cara membina Chord
- Vlog ke kedai-kedai gitar di sekitar rumah anda
- Review gitar
- Cara repair gitar
- Vlog kongsi pendapat/idea tentang Gitaris terkemuka di dunia
Kesemua di atas adalah contoh konten yang anda boleh buat. Anda bayangkan berapa banyak video yang anda boleh hasilkan.
Apabila anda telah tetapkan target penonton anda, ianya lebih mudah untuk anda menapis penonton yang tak berkaitan dengan anda. Contoh – Orang yang tak minat muzik, orang itu takkan luangkan masa untuk tonton video anda.
Adakah ianya bagus? Ya! Apabila anda tapis penonton anda, akan peroleh penonton yang berkualiti. Di langkah yang seterusnya, saya akan terangkan kenapa perlu anda dapat penonton yang berkualiti.
Teruskan membaca…..
LANGKAH #2
YouTube telah pun meletakkan syarat kepada kita. Utuk melayakkan akaun YouTube kita boleh untuk menjana pendapatan, akaun kita perlu ditonton sekurang-kurangnya 4000 jam dan 1000 Subscribers.
Syaratnya agak ketat. Bukan mudah dan dapatkan 4000 jam dan 1000 subscribers. Susah tak semestinya tak boleh. Kan?
Jangan khuatir. Saya akan kongsikan pada anda. Tonton video dibawah untuk dapatkan tip yang lebih terperinci.
Sudah tonton sampai habis? Dapat idea bagaimana cara nak buat? Jadi, dah tahu, teruslah buat! Jangan tunggu lagu! Hehe!
Oh ya.. sebelum terlupa. Kenapa kita perlu dapatkan penonton yang berkualiti? Supaya kita dapat tapis penonton yang tak sepatut menonton video-video kita. Yang kedua adalah, penonton yang berkualiti ini adalah penonton yang sanggup untuk menonton video kita ni dalam tempoh yang lama.
Bermaksud, jika video kita berdurasi 10 minit, secara purata mereka ini akan tonton video kita dalam tempoh 5-7 minit. Ianya sangat bagus untuk channel anda.
Kita selalu salah anggap yang mana jika video panjang, penonton takkan tonton video kita. Itu silap. Sebenarnya, lenbih panjang video, lagi bagus!
Jumlah penonton pada peringkat awal, memang tak banyak, tetapi proses untuk anda dapat 4000 jam dan 1000 subscribers lebih mudah. Pengalaman kami sendiri, untuk dapat melepasi par ini, hanya mengambil masa 3 bulan sahaja.
Video apa yang kami buat? Kami hanya buat video review lagu-lagu yang ada dipasaran. Klik sini untuk kepautan Channel YouTube Longan Garage.
Selamat mencuba!
Belum lagi melanggan kami? Klik SINI untuk melanggan – PERCUMA! Anda akan dapat artikel ini terus ke email anda