Anda Rasa Susah Nak Kekalkan Momentum? Ini 5 Tips Untuk Penyanyi, Pemuzik dan pengkarya Baru

Pernah tak kadang-kadang kita rasa down bila mana apa yang kita usahakan belum lagi membuahkan hasil?

 

 

Mula-mula kita rasa semangat nak rakam video cover, lama-lama rasa macam susah. Kemudian kita pun rasa macam malas nak buat. Pernah rasa macam tu?

 

 

Rasa bosan.

 

 

Rasa macam susah je nak buat!

 

 

Kadang-kadang kita macam terhilang fokus. Kita tak tahu apa yang kita buat.

 

 

Masa berjalan.

 

 

Hasil belum nampak.

 

 

 

 

Mulalah rasa stress. Rasa macam nak putus asa.

 

 

 

Jangan kawan.. Nanti dulu!

 

Kalau anda rasa macam nak putus asa, ambil masa, berehat dahulu.

 

 

Kemudian amalkan tip yang saya nak kongsikan ini.

 

 

Kadang-kadang kita hiang momentum apabila kita tercari-cari apa yang kita nak buat sebenarnya. Kita tak tahu apa sebenarnya yang kita perlu fokus. Bukan?

 

 

Ini 5 tip untuk anda yang menyanyi, bermuzik, yang mencipta lagu, mencipta lirik, dan semua pengkarya-pengkarya muda.

 

#1 Mulakan pagi anda dengan tujuan yang jelas

Apa tujuan anda yang sebenarnya? Kenapa anda menyanyi? Anda anda bermuzik? Kenapa anda nak cipta lagu?

 

Adakah nak impress rakan anda? Adakah untuk kepuasan diri?

 

Soalan ini untuk anda. Anda tahu apa tujuan anda. Apa-apa pun, yang pasti, biarlah tujuan itu memberi manfaat kepada diri anda dan juga untuk orang disekeliling anda.

 

Sudah jelas tujuan anda? Fokus! Dan berlarilah dengan yakin di trek anda!

 

#2 Jangan bertangguh

Bertangguh adalah satu penyakit yang sangat serius. Jangan sesekali kalah dengan emosi tangguh ini. Apabila kita rasa macam malas, cepat-cepat mula lakukan kerja anda. Jangan fikir panjang.

 

Teruskan mula kerja. Lakukan sahaja dalam masa 5 minit. Selepas 5 minit, anda tak sedar yang anda sudah pun mulakan kerja itu, dan 15 minit pun telah berlalu. Hehe!

 

#3 Sasarkan target apa yang anda nak capat dan berikan keutamaan

Dalam kepala anda banyak sangat perkara yang nak dibuat. Kejap nak buat video cover. Kejap nak cipta lagu. Kejap nak praktis nyanyi. Macam-macam.

 

Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah senarai kan semua perkara-perkara yang anda nak lakukan itu. Kemudian pisahkan kepada 3 kategori.

 

Yang PALING Penting
Yang SEDERHANA Penting
Yang KURANG Penting

 

Sudah kategorikan? Kemudian apa yang anda harus lakukan adalah, lakukan perkara yang paling penting dahulu diikuti kategori yang seterusnya.

 

#4 Target anda mestilah boleh dicapai

Apabila anda nak tetapkan terget, pastikan ianya boleh dicapai. Pastikan realistik. Jangan terlampau tinggi sehingga tak masuk akal untuk anda capai. Saya berikan contoh pada anda.

 

Contoh :-

Anda target, dalam masa 1 minggu anda nak kuasai kesemua genre lagu.

Contoh di atas adalah target yang tak masuk akal.

 

Ini target yang betul. Contoh :

Anda target, dalam masa 3 bulan, anda nak kuasai 3 genre iaitu rock, balada, dan jazz.

Contoh diatas lebih terperinci dan lebih realistik.

 

#5 Beri ganjaran pada diri walaupun kejayaan yang kecil

Jangan kuatir. Walaupun kejayaan yang kecil, tetap anda boleh raikan. Ianya sangat membantu untuk menaikkan semangat anda dan menjadikan anda kekal momentum.

 

Contoh :-

Anda baru sahaja mendapat 1000 Subscribers YouTube anda. Raikan dengan belanja diri anda makan Mc Donald/KFC/Pizza Hut.

 

Tidak mengapa. Belanja diri sendiri makan sahaja pun. Tetapi ianya sangat memberikan erti pada diri anda.

 

ANDA SEORANG PENYANYI, KOMPOSER ATAU PENCIPTA LAGU? KLIK SINI UNTUK KETAHUI MANFAAT YANG ANDA PEROLEHI SEKIRANYA ANDA MERAKAMKAN LAGU ANDA!

 

Anda suka artikel ini? Klik SINI untuk melanggan – PERCUMA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *