Minggu lepas, 30 Mei 2024, Music Authors’ Copyright Protection (MACP) ada mengadakan webinar Hakcipta lagu. Bagi yang terlepas, kami tinggalkan sedikit nota sepanjang webinar yang berlangsung selama 40 minit.
HAKCIPTA ?
Hakcipta adalah merujuk kepada hak ekslusif yang diberikan kepada pencipta karya asli. Hak ini mencakupi pelbagai jenis karya seperti :
- Tulisan
- Muzik
- Seni visual
- Karya sastera
- Karya filem
- Karya rakaman muzik
- Karya seni artistik
- Karya penyiaran
Di Malaysia, perlindungan hakcipta adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
Apa hak anda dalam karya-karya seni yang anda hasilkan?
- Hak Ekonomi :
- Hak untuk mendapatkan pampasan kewangan daripada pengguna karya-larya hakccipta oleh pengguna karya.
- Hak Moral :
- Hak integrity untuk mencegah apa-apa perubahan terhadap karya.
- Hak Paterniti / hak kekal
- Hak Perundangan :
- Hak eksklusif untuk mebenarkan dan mengawal karya dengan membawa prosiding di mahkamah.
Hak Eksklusif pencipta yang ditadbir MACP :
- Pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan.
- Penyampaian kepada orang awam
- Pertunjukan, tayangan, atau permainan kepada awam.
- Pengedaran Salinan kepada orang awam melalui penjualan atau pemindahan pemunyaan secara lain.
- Penyewaan secara komersil kepada orang awam.
Apa itu Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) ?
Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) atau badan kutipan royalty yang merupakan organisasi yang diberi mandat oleh pemunya hakcipta untuk menguruskan hak mereka melalui penggunaan karya-karya hakcipta oleh oengguna.
Organisasi Pengurusan Kolektif akan menguruskan urusan urusan seperti :
- Perlesenan hakcipta.
- Membuat kutipan royalti keatas pelesenan yang diberi.
- Membuat agihan royalti kepada pemunya hak.
- Mengambil tindakan penguatkuasaan bagi pihak pemunya hakcipta berdasarkan hak yang diberi.
Antara Organisasi Pengurusan Kolektif di Malaysia :
- MACP (Music Authors’ Copyright Protection Berhad)
- RPM (Recording Performance Malaysia Berhad)
- PPM (Public Performance Malaysia)
- MRS (Music Right Sabah)
- MRSB (Music Right Sarawak Berhad)
Berapakah tempoh perlindungan hakcipta di Malaysia?
Hayat Pencipta + 50 tahun selepas kematian pencipta.
Contoh :
Ali adalah seorang komposer. Ali dapat menikmati royalti selagi dia masih hidup. Selepas kematian Ali, royalti itu dapat diwariskan kepada isteri/anak. Waris akan dapat royalti sehingga 50 tahun selepas kematian Ali.
KLIK JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PAKEJ RAKAMAN LAGU
Sumber :