Lagu apa ya nak nyanyi ?
Lagu ni macam best je kalau dapat nyanyi..
Aku suka artis ni nyanyi lagu ni.. Aku nak nyanyi lagu ni juga la.. !
Lagu ni tengah viral.. nyanyi lagu ni la best..
Pemilihan lagu sangat penting. Kebanyakan penyanyi, lebih mudah dan gemar untuk memilih genre yang berkaitan dengan penyanyi kegemaran mereka tanpa menghiraukan kemampuan vokal mereka. Genre lagu terhadap seni persembahan serta lontaran vokal sangat berkaitan untuk memudahkan penyanyi menyampaikan sesuatu lagu dengan baik.
Top 10 Senarai Lagu yang biasa Dipersembahkan Untuk Majlis-Majlis Keraian. Klik DISINI !
Oleh itu, ada beberapa tip cara untuk memilih genre atau lagu yang sesuai dengan kemampuan suara kita :
- Cari lagu yang bersesuaian dengan ton suara dan tahap kesampaian suara anda.
- Improvasikan sesebuah lagu mengikut gaya anda supaya tampil dengan originaliti dan individualiti. Sebabnya adalah kita tidak mahu disamakan dengan penyanyi asal dan dibandingkan cara nyanyian kita dengan penyanyi asal.
- Mudahkan cara nyanyian anda dengan menyanyi dengan cara yang fun dan tidak perlu membuat lagu yang mudah menjadi susah.
- Apabila sudah mencari lagu yang sesuai menepati genre nyanyian anda, pastikan key anda bersesuaian dengan range suara agar mudah untuk menyanyi dan senang untuk dipersembahkan.
Dapatkan Rakaman DEMO pertama Anda dengan harga serendah RM600 Sahaja. Klik Disini !
Semoga tips ini dapat membantu anda memilih lagu yang sesuai dengan ton dan kemampuan suara anda. Selamat mencuba ! Kongsikan pada rakan-rakan anda sekiranya posting ini bermanfaat. =)