Bagaimana Untuk Bertahan Dalam Industri Seni?

Dalam industri seni ni, pelbagai rintangan, ujian, dan cabaran yang akan berlaku. Tidak kira bersama krew produksi, rakan-rakan media, rakan-rakan artis, dan peminat. Oleh itu, untuk bertahan dalam industri seni, beberapa perkara perlu dititikberatkan.

 

Rakam Demo Pertama Anda Dengan Harga RM600.00 Sahaja ! Klik DI SINI !

 

Berlagak pandai – Seseorang yang baru mahupun yang lama dalam industri perlulalah menunjukkan sikap yang merendah diri dan sentiasa menghormati antara satu sama lain. Tidak perlu bermegah dengan keupayaan diri. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Promosi terlalu cepat – Mempromosikan diri merupakan satu langkah yang bijak kerana kita lebih mengetahui corak permainan kita tetapi mempromosikan diri dengan terlalu cepat, tanpa ada sebarang kritikan, maklumbalas, dah hasil karya yang dilakukan tidak menepati citarasa pendengar, susah untuk ada peluang kedua.

Bercakap buruk – Seseorang yang masih baru dalam industri, tidak perlu bercakap buruk mengenai sesiapa sahaja, sentiasa kekalkan sikap yang positif dalam diri. Kita tidak tahu dengan siapa kita akan bekerja dikemudian hari. Jadi tidak perlu berbicara buruk tentang orang lain.

Menuduh seseorang mencuri karya anda tanpa bukti – Kadang-kadang muzik yang seakan dituduh sebagai mencuri karya mereka sebenarnya bukan berniat untuk meniru. Kadang-kadang kebetulan sama.  Jangan tuduh melulu terutama sekali sekiranya anda adalah pendatang baru. Menuduh seseorang mencuri karya anda hanya membunuh reputasi anda sebagai orang seni.

 

Anda nak lagu sendiri, tapi tak tahu bagaimana ? Banyak lagu telah anda cipta, tapi masih terperap dalam Handphone, Laptop, atau hanya di dalam hafalan anda…Klik DISINI SEKARANG !

 

Bercakap tentang betapa susahnya untuk berjaya – Sentiasa kekalkan positif dalam diri dan jangan sentaisa merungut dan mengatakan betapa susahnya untuk berjaya dalam industri. Mungkin ianya kesilapan dari diri kita sendiri. Gagal merancang adalah kegagalan yang sebenar. Sediakan Roadmad yang jelas tentang kemana hala tuju karya-karya anda. Sediakan strategi plan untuk anda marketkan karya-karya anda.

Sentiasa menyokong rakan-rakan artis yang lain – Sentiasa menyokong mereka dengan cara menghadiri persembahan mereka, ataupun mempromosikan mereka agar mudah untuk mendapatkan sokongan daripada mereka kelak. Tidak perlu untuk menjadi sombong untuk membantu.

Merayu untuk jalan pintas – Satu perkara yang perlu diketahui, tiada jalan pintas untuk berjaya. Usaha dan tawakal jangan dilupakan. Pahitnya perjalanan anda dalam industri akan membuahkan manisnya apabila anda berjaya dengan usaha anda, bukanya jalan pintas.

 

Budget tak berapa besar ? Mungkin anda belum mampu untuk spend duit terlalu banyak untuk terbitkan sebuah lagu…Kami akan Bantu Anda. KLIK DISNI SEKARANG !

 

Kurangnya keyakinan – Keyakinan amat penting dalam mempromosikan diri anda dalam industri seni. Keyakinan yang melampau pun tidak bagus juga. Tapi lebih baik daripada tiada keyakinan langsung. Kalau anda sendiri tidak yakin dengan karya-karya ataupun hasil kerja anda, macam mana followers anda nak yakin dengan anda. Kan ?

 

Etika kerja – Orang dalam industri menggemari mereka yang mempunyai etika kerja yang baik. Seseorang yang mempunyai etika kerja yang baik memudahkan semua pihak untuk bekerja bersama dengan anda !

Tak muncul dilokasi – Satu sikap yang sangat tidak digemari oleh penganjur mahupun sesiapa sahaja yang akan bekerja dengan anda. Sekiranya anda ada sikap begini, lupakan sahaja hasrat anda untuk berjaya dalam industri. Sikap yang sebegini juga membuatkan anda tidak boleh bertahan lama dalam industri.

 

 

Kongsikan pada rakan anda yang lain supaya manfaat ini dikongsi bersama =)

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *