9 Alat Rakaman Yang Anda Perlu Ada! [Home Recording]

Kini semua dah jadi mudah, dengan teknologi yang kian berkembang pesat. Kalau dulu nak rakam 1 lagu memerlukan peralatan yang canggih dan sangat mahal. Kos menerbitkan 1 lagu menelan belanja sehingga berpuluh ribu. Kini dengan teknologi yang ada, semua orang mampu untuk memiliki peralatan rakaman studio.

 

Dengan mengeluarkan sedikit kos, kita dah boleh rakam lagu sendiri di rumah!

 

Saya senarai kan 9 alatan rakaman yang and perlu ada.

 

 

1. Komputer / Laptop

Anda perlu ada komputer atau laptop. Yang ni wajib ada. Spesifikasi untuk kerja-kerja rakaman, pastikan kemampuan laptop atau komputer anda di tahap yang baik.

 

 

2. DAW

DAW atau nama penuhnya ialah Digital Audio Workstation adalah software untuk kita membuat kerja-kerja rakaman, editing, mixing, arranging dan sebagai nya. Antara DAW yang popular yang anda boleh gunakan ialah Cubase, Pro Tools, Sony Acid, FL Studio, Garage Band atau Mixcraft.

 

3. Studio Monitor

Speaker yang digunakan dalam studio berbeza dengan speaker biasa (contoh : speaker PC). Speaker yang baik mampu memberi respon signal yang paling bagus membantu kita semasa kerja-kerja rakaman dan mixing dijalankan.

 




4. Condensor Microphone

Mikrofon ini berbeza dengan mikrofon biasa. Untuk mengaktifkan Microphone ini, kita perlu aktifkan Phantom Power / +48v di Audio Interfaces yang kita gunakan.

 

5. Audio Interfaces (Sound Card)

Anda nak rakam suara atau apa sahaja alat muzik, anda perlukan Audio Interfaces. Di alat inilah anda akan connect mikrofon anda dan juga cable gitar untuk anda mulakan rakaman. Paling minima, hanya ada 1 input. Maksudnya, hanya 1 sahaja alat yang boleh kita connect dan rakam pada satu masa.

Saya sarankan cari Audio Interfaces yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 input. Supaya anda boeh rakam vokal dan juga gitar serentak dalam 1 masa.

 

6. Headphone

 

Headphone diperlukan ketika sesi rakaman suara ataupun alat muzik.

 

7. Cables

Cable digunakan unutk kita connect diantara Audio Interfaces dan juga Mikrofon atau alat muzik anda (Gitar).

 




8. Mic Stand

Mic stand adalah alat yang digunakan untuk meletakkan condensor Microphone kita.

 

9. Pop Filter

Filter suara ini diperlukan untuk menapis bunyi halus yang keluar daripada suara kita seperti sebutan huruf B atau P yang melampau.

 

 

Kesemua alatan diatas adalah alatan wajib yang perlu anda ada untuk mulakan kerja rakaman di rumah anda. Tetapi kesemua ini tak semestinya anda perlu beli kesemua terus. Beli satu-satu dahulu. Saya sarankan anda beli mikrofon dahulu, kerana itu yang paling wajib.

 

Ianya berbeza jika anda guna mikrofon biasa (Dynamic), dengan mikrofon kondensor. Hasilnya berbeza.

 

Jika anda penggemar membuat video cover di YouTube, saya sangat sarankan anda untuk mulakan dengan memiliki Mikrofon Kondensor.

 

KLIK SINI JIKA ANDA BERMINAT UNTUK KETAHUI MIKROFON KONDENSOR YANG SESUAI DENGAN BAJET ANDA!




 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *