Susah Kot Nak Rakam Suara!

“… Pengalaman yang sangat tak dapat dilupakan bila bekerjasama dengan Longan Garage Studio.. Persekitaran yang baik dan menarik.. Sound System yang jelas dan sedap didengar. Tempat yang senang untuk dicari.. Dan pekerja yang mesra dan peramah termasuklah abg Syahir Miswan yang banyak memberi tunjuk ajar semasa di dalam studio..=)…”

Muhammad Zulhaidie Official

 

Eh… lain pulak suara bila rakam.. 

 

Susah jugak ek nak rakam suara..

 

Ingat senang rakam suara kat studio…

 

Ramai juga yang datang ke studio Longan Garage, bila mula record je, mula lah gugup, kekok, rasa susah, segan-segan.. dan macam-macam lagi perasan yang timbul. Ni perkara biasa sebenarnya.

 

Kita sebenarnya tak biasa dengan sesi rakaman. Kalau diberi peluang untuk rasa, seronok kan? Jom datang studio kami. Kami tunjuk macam mana rakam suara. Syok sebenarnya ! hehe.

 

Ok. Posting kali ni admin nak kongsikan sebenarnya tentang persediaan sebelum masuk ke studio untuk sesi rakaman suara. Ada disiplin-disiplin yang perlu kita patuhi. Ada teknik-teknik yang kita perlu pelajari sebelum memulakan sesi rakaman.

 

Kami dah bantu ramai penyanyi baru untuk mendapatkan lagu pertama mereka. Ada dikalangan mereka, lagu mereka dah pun viral di YouTube. Klik DISINI untuk tahu lebih lanjut !

 

Sebelum datang studio untuk sesi rakaman, penyanyi perlu besedia dari segi kesihatan, suara dan rehat yang cukup kerana sesi rakaman selalunya memakan masa yang lama serta penggunaan tenaga yang banyak. Oleh itu, disini kami beri beberapa tip untuk mendapat rakaman suara yang baik :

 

Dapatkan rakaman lagu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum rakaman – Kalau dapat seminggu sebelum rakaman, lagi bagus. Penyanyi perlu mendapatkan latihan yang secukupnya supaya dapat memahami lirik lagu dengan baik dan mampu meletakkan emosi dalam lagu.

Sentiasa berpegang teguh kepada teknik nyanyian suara yang betul – Hal ini amatlah dititikberatkan kerana sesi rakaman amatlah panjang, dan kadang-kadang penggunaan teknik yang salah menjadikan penyanyi itu kehilangan suara dan rakaman yang baik tidak dapat disempurnakan.

Fokus pada mesej lagu dan emosi – Ini adalah amat penting untuk meraih emosi pendengar yang mendengar lagu anda. Penghayatan yang baik memudahkan suara untuk dilontarkan dan menjadikan sesi rakaman anda mudah dan jimat masa.

Bayangkan penonton di hadapan anda – Apabila dengan membayangkan penonton dihadapan, penyanyi akan lebih fokus dan serius untuk menyanyi dan ingin memberikan yang terbaik pada sesi rakaman.

Dapatkan rehat yang secukupnya – Penting untuk penyanyi mendapat rehat yang secukupnya. Rehat yang secukupnya membantu penyanyi menyanyi dengan baik.

Penggunaan mikrofon yang betul – Mikrofon yang betul sangat membantu dalam nyanyian. Pastikan jarak penyanyi berdiri dengan mikrofon tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Selaraskan ketinggian mikrofon betul-betul berhadapan dengan mulut anda.

Sebut dengan jelas – Yang ni ramai penyanyi tidak ambil berat. Sebutan penting. Bukaan mulut yang betul mampu menghasilkan sebutan nyanyian yang baik.

 

Macam mana ? Dapat belajar sesuatu dari posting kali ni ? Ada rasa nak cuba rakam suara sendiri ?

Jom datang ke Longan Garage Studio =)

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *