7 Tip Senaman Untuk Penyanyi Yang Boleh Anda Amalkan

Perkongsian kali ini agak ringkas tetapi ianya penting kepada penyanyi atau bakat baru yang serius dalam bidang nyanyian.

 

Ianya berkenaan senaman yang kita lakukan untuk memastikan suara kita dalam kondisi yang “sihat”.

 

Berikut adalah 7 tips senaman untuk penyanyi yang anda boleh diamalkan :

 

1. Latihan pernafasan

Berlatih untuk menggunakan nafas yang betul dalam setiap ‘break’ dalam lagu agar tidak kelihatan ‘pancit’ terutama ketika not tinggi.

 

2. Latihan telinga

Cuba berlatih untuk mendengar not lagu dengan baik dan bersesuaian dengan suara yang dikeluarkan agar not yang dikeluarkan oleh suara sama dengan not yang dihasilkan oleh muzik.

 

3. Senaman

Senaman kardio amat penting bagi penyanyi terutama bagi mereka yang menari kerana senaman bukan sahaja membantu untuk mengeluarkan suara, ia turut membantu untuk mengekalkan stamina agar penyanyi tidak cepat lelah.

 

4. Memahami lirik lagu

Menyanyi bukan sekadar mengeluarkan suara, ia turut merupakan ekspresi perasaan penyanyi terhadap lagu itu. Oleh itu, memahami bait-bait lirik lagu sangat membantu persembahan penyanyi itu dan bukan semberono menyanyi sahaja.

 

5. Kedudukan postur badan ketika menyanyi

Postur badan ketika menyanyi sangat membantu terutama ketika hendak mengeluarkan suara.

 

6. Latihan nyanyian

Sebelum melakukan persembahan, penyanyi perlu mengadakan latihan dahulu. Tanpa latihan, penyanyi mungkin menyanyikan sebuah lagu dengan tiada penghayatan dan sekadar menyanyi kosong.

 

7. Jaga kesihatan peti suara

Peti suara sangat penting bagi penyanyi. Oleh itu, seandainya merasakan perit di bahagian tekak, cepat berkumpa dengan doktor untukmendapatkan nasihat.

 

 

Semoga tip senaman untuk penyanyi ini memberi manfaat kepada penyanyi-penyanyi di luar sana!

 

ANDA MEMPUNYAI LAGU YANG BELUM LAGI DIRAKAM DI STUDIO? KLIK SINI! RAKAMAN DEMO SERENDAH RM600 SAHAJA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *