Ini Cara Bagaimana Nak Muat Naik Lagu Ke Dalam Spotify Secara PERCUMA!

Pernah dengar Spotify?

Spotify adalah sebuah aplikasi audio stream yang memiliki lebih dari 50 juta buah lagu. Pelbagai genre, penyanyi dan band yang ada.Ia seakan perpustakaan audio bagi penggemar muzik. Anda buat sahaja carian di Spotify apa-apa sahaja lagu yang anda inginkan, mesti anda akan jumpa lagu yang anda inginkan di Spotify.

 

Apa yang “best” tentang Spotify ini salah satunya adalah, kita bukan sahaja boleh cipta playlist lagu kita sendiri, tetapi kita juga boleh kongsikan playlist kita pada rakan-rakan anda yang lain.

 

Anda sudah tidak perlu lagi download lagu-lagu di YouTube (ianya sebenarnya salah dari segi undang-undang) untuk anda menikmati lagu yang anda gemari. Cukup sekadar mencipta playlist di Spotify.

 

Saya tunjukkan contoh playlist lagu yang kami cipta sendiri. Playlist ini adalah lagu-lagu yang kami Review dari Channel YouTube kami, Longan Garage. Boleh klik pada link di bawah untuk lihat playlist kami :

KLIK SINI!

 

Selain itu, Spotify ini juga mengaplikasikan format Following & Follower. Sama macam Instagram. Kalau anda boleh cipta playlist sendiri dan promosi kan playlist anda sehingga mencapai minimum 400 Followers, anda boleh “monetize”kan playlist anda. Menarikan? Melalui Spotify pun boleh jana pendapatan sampingan.




Sebagai penyanyi, pencipta lagu, dan pengkarya, selain YouTube, Spotify juga adalah salah satu platform yang sangat baik untuk pendengar akses lagu-lagu yang kita cipta atau nyanyikan.

 

Ada sesetengah syarikat atau laman web, mengenakan bayaran untuk kita muat naik lagu ke dalam Spotify. Salah satunya adalah laman web ini : www.emubands.com/. Mereka menawarkan pelbagai aplikasi bukan sahaja Spotify, tetapi juga lagu anda boleh di akses melalui Itune Music, Deezeer, Amazon, dan lain-lain.

 

Sekiranya anda menghadapi masalah dari segi kos, jangan risau, ada syarikat yang tidak mengenakan apa-apa bayaran. Saya sarankan untuk anda cuba layari laman web ini : https://amuse.io/

 

Jadi, dengan menggunakan Amuse, anda tidak perlu keluarkan apa-apa kos untuk memuatnaik lagu ke dalam Spotify. Lebih mudah untuk anda membuat promosi lagu anda nanti 😉

 

Kami sendiri sudah menggunakan Amuse. Setakat ini , tiada apa-apa masalah.
Bagi mereka yang sudah mempunyai lagu sendiri, rebutlah peluang ini. Percuma sahaja! Jangan tunggu lama-lama 😉

 

BAGI ANDA YANG BELUM MEMPUNYAI LAGU, KLIK SINI UNTUK KAMI BANTU ANDA!

 

Anda suka dengan artikel kami? Klik SINI jika anda ingin melanggan kami – PERCUMA!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *