Sebelum “Sign” Kontrak Dengan Syarikat Rakaman, Ini 5 Panduan Yang Anda Perlu Tahu

Seseorang penyanyi itu mempunyai kebebasan samada untuk memilih bergerak secara sendiri atau terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.

 

Kedua-duanya ada kelebihan dan juga kekurangan. Tetapi saya tak nak cerita pasal apa kelebihan dan kekurangan, sebab kami pernah tulis artikel berkenaannya. Boleh klik di SINI untuk bacaan lanjut.

 

Sekiranya anda seorang penyanyi yang baru ingin berjinak dalam industri muzik, sudah tentu pilihan untuk terikat dengan syarikat rakaman adalah keutamaan berbanding bergerak secara sendiri. Ianya kerana terikat dengan syarikat rakaman mempunyai beberapa kelebihan seperti kos rakaman, promosi, dan konten pemasaran akan ditanggung oleh pihak syarikat rakaman.

 

Untuk sahkan anda sebagai artis sesebuah rakaman tersebut, ada perkara yang anda perlu ambil berat. Iaitu berkenaan dengan KONTRAK.

 

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum anda menandatangani kontrak tersebut.

 

Ini 5 panduan yang anda perlu tahu sebelum tandatangani kontrak Bersama syarikat rakaman.

 

#1 Fahami betul-betul apa yang termaktub dalam kontrak

Anda perlu teliti dan fahami setiap perkara yang terkandung didalam kontrak. Elakkan dari tanda tangani kontrak tanpa membaca dan fahami isi kandungan kontrak.

#2 Kontrak perlu seimbang, tidak menyebelahi sebelah pihak sahaja.

Sekiranya didapati kontrak itu mempunyai unsur-unsur berat sebelah, elakkan untuk berurusan dengan syarikat rakaman tersebut. Kontrak sepatut bersifat adil bagi kedua-dua belah pihak. Bukan sebelah pihak sahaja.

#3 Unsur-unsur samar pada perkara yang terdapat dalam kontrak.


Setiap perkara dalam kontrak perlu jelas periciannya. Contoh :

 

“… Keselamatan artis menjadi keutamaan syarikat dan pihak penganjur semasa persembahan..”

Jika lihat ayat diatas, ianya tidak cukup jelas. Bagaimana sekiranya artis terlibat dengan kemalangan kecil semasa melakukan kerja persembahan, adakah kos perubatan perlu ditanggung oleh artis atau syarikat?

 




 

#4 Apa yang bakal korang ditawarkan sepanjang dalam tempoh kontrak.

Anda perlu tahu apa hak anda sebagia artis syarikat rakaman. Jika mereka menjanjikan dalam tempoh 1 tahun kontrak (sekiranya kontrak anda 1 tahun), anda perlu rilis 3 buah lagu, pihak syarikat rakaman perlu menunaikan apa yang termaktub dalam kontrak.

 

# 5 Tindakan undang-undangn sekiranya salah satu pihak melanggar kontrak.


Jika salah satu pihak melanggar kontrak, apa yang akan berlkau dengan kontrak? Adakah terbatal kontrak? Atau ada legal action kepada pihak yang melanggar kontrak tersebut?

 

Mungkin ada diantara anda atau rakan-rakan anda yang ingin menjadi artis bernaung di bawah syarikat rakaman, pastikan anda sedia maklum dengan panduan yang kami kongsikan.

 

Kontrak bukan perkara main-main. Ianya meliputi hak dan tanggungjawab yang mana kedua-dua belah pihak perlu ambil berat tentangnya.

 

Kelak, jika berlaku apa-apa, tidak lah rasa kena tipu atau tertindas. Setidak-tidaknya anda tahu dan boleh pertahankan hak sebagai artis syarikat rakaman.

 

ANDA NAK RAKAM LAGU? KLIK SINI! KAMI AKAN BANTU ANDA

Anda suka dengan artikel kami? Klik link SINI untuk daftar – PERCUMA!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *