5 Cara Paling Berkesan Untuk Dapatkan “Show” Berbayar

Untuk mendapatkan Show berbayar, bukanlah sesuatu perkara yang sukar sebenarnya sekiranya kita tahu cara.
Bukan semestinya anda perlu ada title “artis” baru anda diundang untuk membuat persembahan. Tidak sama sekali.

 

Orang tahu yang kita mampu menyanyi dengan baik dan sedikit keberanian untuk membuat persembahan di khalayak ramai., pun sudah cukup sebenarnya untuk diperingkat awal.

 

 

Saya kongsikan pada anda 5 cara paling berkesan untuk anda dapatkan “show” yang berbayar.

 

 

#1 Media Sosial sentiasa update dan dikemaskini

Media sosial anda perlu dikemaskini selalu. Ianya supaya apabila orang melawat media sosial anda, mereka tahu yang anda ini aktif menyanyi. Walaupun hanya membuat video cover pun tak mengapa. Yang penting, kita dapatkan posisikan diri kita di media sosial yang kita adalah seorang penyanyi.

 

 

#2 Rajin buat cover di Youtube

Anda kena tahu dimana tempat pelanggan-pelanggan anda mencari orang yang menyanyi. Sekarang ini zaman digital. Semua orang membuat carian di internet. YouTube adalah salah satu tempat di mana pelanggan-pelanggan anda mencari anda. Kalau anda tidak aktif di YouTube, bagaimana mereka nak jumpa anda?

 

#3 Sanggup perform percuma

Pada peringkat awal, kesanggupan untuk menyanyi dan membuat persembahan secara percuma adalah kemestian. Ini kerana, di afasa ini, tak ramai yang kenal anda. Jadi anda perlu beri dahulu kepada pelanggan anda. Contoh – Busking. Melalui Busking, ramai potensi pelanggan yang anda bakal jumpa.

 




 

#4 Rajin membuat pemasaran

Pemasaran adalah nyawa bagi sesebuah bisnes. Tak ramai penyanyi baru termasuk penyanyi lama yang konsisten membuat kempen pemasaran. Melalui pemasaran yang konsisten, potensi pelanggan anda akan lebih ingat anda berbanding penyanyi lain.

 

 

#5 Faham kehendak pelanggan

Dalam konteks senarai lagu anda, perlulah lagu-lagu yang malar segar. Jika anda ingin memasuki pasaran majlis kahwin, atau korporat, anda perlu tahu lagu-lagu apa yang sesuai untuk majlis tersebut.

Banyakkan muat naik video-video nyanyian mengikut senarai lagu kehendak pasaran. Peluang untuk anda mendapatkan “show” berbayar adalah lebih tinggi.

 

ANDA MENGHADAPI MASALAH MEMBUAT PEMASARAN LAGU? KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN CARA MEMPROMOSI LAGU ANDA!

 

Anda suka tip dari kami? Daftar disini untuk dapatkan tip mingguan terus ke whatsapp anda – PERCUMA!

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *