6 Persediaan Yang Anda Perlu Lakukan Untuk “Show” Pertama Anda

Siapa sangka, mungkin anda sebelum ini tidak pernah terfikir untuk dapat “Show”. Tiba- tiba anda dapat panggilan untuk membuat persembahan di sebuah Café. Anda perlu buat persembahan untuk 4-5 lagu.

 

 

Saya percaya, anda pasti akan teruja dan dalam masa yang sama sedikit gementar. Anda tak tahu apa yang perlu dibuat. Takut juga jika tiada apa-apa persediaan. Ke laut dalam nanti persembahan anda. Hehe!

 

 

Ini 6 Persediaan yang anda perlu lakukan untuk pastikan “show” pertama anda berjalan dengan lancar.

 

# 1 Dapatkan maklumat dari klien anda

Selepas anda mendapat tawaran untuk membuat persembahan, ini maklumat yang anda perlu dapatkan dari klien anda.

  • Tempat, waktu dan masa (Supaya anda boleh lock Tarikh dan rancang perjalanan)
  • Tema majlis (Supaya anda boleh buat persediaan untuk memakai pakaian yang sesuai dengan tema)
  • Berapa tetamu yang hadir di majlis itu dan selidik juga jika ada tetamu VIP (Supaya anda boleh membuat rehersal skrip dan hafal nama-nama VIP yang hadir)
  • PA System (Supaya anda boleh bersedia dari segi peralatan muzik yang anda bawa nanti)

 

 

# 2 Pakaian yang sesuai

Pastikan anda sudah pilih nak pakai baju apa sewaktu persembahan nanti. Tip untuk pakaian – Pastikan anda selidik dahulu latar belakang sesuatu majlis itu.

 

Jika majlis itu restoran atau café, boleh pakai pakaian yang smart casual. Jika majlis itu formal, pakaian perlu juga formal.

 




 

 

#3 Buat senarai lagu

Pastikan anda buat senarai lagu selepas anda dimaklumkan berkenaan tema majlis. Contoh – Elakkan nyanyi lagu putus cinta di majlis perkahwinan. (Cari pasal namanya!)

Sediakan lagu secukupnya. Kebiasaan majlis perkahwinan, anda perlu sedia 15-20 buah lagu. Ianya bergantung pada majlis. Disini penting untuk anda dapatkan tetatif dari klien anda supaya anda boleh buat anggaran berapa lagu yang anda perlu persembahkan.

 

 

#4  Bina Skrip

Skrip sangat penting. Ramai penyanyi baru tak ambil berat soal skrip. Setibanya anda di pentas sebelum memulakan nyanyian, pastikan anda membuat sedikit kata-kata ucapan.

 

Disini pentingnya skrip supaya anda dah tahu apa yang anda nak ucapkan.

 

 

#5  Jaga kesihatan

Perkara yang paling menakutkan dan merisaukan penyanyi adalah kesihatan.

 

Memang resah!

 

Kalau sehari sebelum majlis, tekak anda mula rasa kering, badan rasa lemau tanda-tanda nak demam. Ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda semakin dekat dengan Tarikh persembahan anda.

 

 

#6  Beritahu rakan-rakan anda

Ajak rakan-rakan anda untuk turut sama hadiri majlis anda membuat persembahan. Ini bagi membantu mengurangkan perasan kurang keyakinan dan gementar anda.

 

Minta rakan-rakan rapat anda berikan sokongan moral pada anda. Apa guna ada kawan kan? 😉

 

NAK TAHU BAGAIMANA CARA NAK DAPATKAN SHOW PERTAMA ANDA? KLIK SINI!

Anda suka dengan artikel kami? Klik SINI untuk melanggan secara PERCUMA – Anda akan terima artikel terus ke email dan whatsapp anda

 




 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *