Nak Bertahan Lama Dalam Industri Muzik, Ini 5 Ilmu Yang Anda perlu Tahu

Sebagai pemuzik, penyanyi, composer, penulis lirik, penerbit atau apa sahaja skop kerja yang berkaitan dengan muzik dan seni, anda tidak boleh lari dari belajar ilmu-ilmu baru.

 

Sekiranya anda seorang penyanyi, anda tidak boleh hanya bergantung dengan ilmu nyanyian sahaja untuk bertahan lama dan berdaya saing anda.

 

Jika anda seorang pemuzik, iaitu pemain gitar sebagai contoh. Anda tidak boleh lagi hanya mengharapkan kehebatan anda bermain gitar sebagai survival anda.

 

Jika tidak, anda akan terkandas di tengah jalan. Anda akan mula menyalahkan pihak lain. Anda akan mula salahkan industri, salahkan itu dan ini. Sedangkan anda sendiri yang gagal merancang perjalanan seni anda.

 

Ini 5 ilmu yang anda perlu pelajari untuk anda mampu bertahan dalam industri.

 

#1 Ilmu Pengurusan Masa

Uruslah masa anda sebaiknya. Tetapkan dalam jadual harian anda waktu bila anda perlu praktis, waktu bila perlu rehat, waktu bila perlu menelaah buku. Bangun awal setiap hari. Waktu bangun pagi anda mempengaruhi hari anda.

 

 

#2 Ilmu Pengurusan Kewangan

Luangkan sedikit masa untuk pelajari ilmu tentang kewangan. Uruskan kewangan anda supaya ada simpanan di hari tua, waktu kecemasan atau sakit. Tanpa pengurusan kewangan yang betul, jika anda banyak duit sekali pun boleh tersungkur jika gagal merancang dengan baik.

 




 

 

#3 Ilmu Pemasaran

Sekarang zaman digital dan media sosial. Sangatlah rugi jika anda tidak manfaatkan media sosial sebagai plaform pemasaran anda. Anda ada bakat yang bagus, tetapi tanpa pemasaran yang berkesan, tiada siapa yang kenal dan akan lihat karya anda.

 

 

#4 Ilmu Komunikasi Aras Tinggi

Jadilah orang seni yang bagus komunikasinya. Tahap komunikasi anda menentukan tahap intelektual anda. Anda akan disenangi ramai dan semua orang akan suka untuk bekerjasama dengan anda.

 

 

#5 Ilmu Urus Perniagaan

Jika anda faham apa sebenarnya pemasaran, 80% ilmu perniagaan sudah anda miliki. Selebihnya adalah tentang pengurusan dokumen. Sebagai contoh resit-resit pembelian alatan muzik, invois-invois dan lain-lain, apa yang perlu anda buat dengan semua dokumen ini? Simpan atau buang sahaja?

 

KETAHUI CARA BAGAIMANA MEMBUAT PEMASARAN LAGU – KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN PERCUMA!

Anda suka dengan artikel ini? Klik SINI untuk daftar PERCUMA – Anda akan dapat artikel terus ke Email dan Whatsapp anda

 




 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *