Saya Masih Baru Dalam Dunia Muzik Ini, Apa Langkah Pertama Yang Perlu Saya Lakukan?

“… Saya minat dalam bidang seni ini, tapi saya tak tahu macam mana nak mula…”

 

“….Banyak lagu dah saya cipta, tapi saya tak tahu nak buat apa.. apa langkah pertama yang perlu dibuat…?”

 

——————————————————————————————–

 

Ini antara bentuk soalan yang kami kerap ditanya oleh pembaca dan bakat-bakat baru mahupun lama yang ingin menceburi dan bertahan dalam bidang muzik.

 

Langkah pertama yang anda perlu lakukan dan fikirkan adalah…

 

#1 TETAPKAN APA YANG ANDA INGINKAN (VISI)

Anda nak jadi apa? Dalam industri muzik ini ada macam-macam bidang. Nak jadi komposer ke? Penulis lirik ke? Pemuzik ke? Penerbit muzik ke? Konduktor muzik ke? Jurutera bunyi ke?

 

Anda fikirkan dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, apa yang anda akan jadi?

 

Pada fasa awal, memang normal jika kita nak buat semua benda.

 

Buat lirik pun kita.. yang nak menyanyi pun kita.. nak terbitkan lagu pun kita.. semuanya kita nak buat..

 

Tetapi, sampai satu masa, kita perlu fokus kepada 1 bidang sahaja. Kita akan go deep dalam bidang yang kita nak fokus. Sampai kita pakar dalam bidang itu.

 

Sebagai contoh :
Anda nak jadi Komposer. Anda dah tetapkan apa yang anda nak jadi, kemudian focus kepada gerak kerja untuk menjadi seorang komposer yang dapat hasilkan lagu-lagu yang berkualiti untuk dihidangkan kepada pendengar.

 

 

#2 GERAK KERJA MENCAPAI VISI (MISI)

 

Fokus kepada gerak kerja yang boleh capai VISI anda itu.

 

Jika visi anda nak jadi composer, ini gerak kerja yang anda perlu fikirkan.

 

Berapa banyak lagu yang anda boleh kompos dalam tempoh 1 hari? 1 bulan? 1 tahun? Letakkan target. Dalam masa 1 hari nak siapkan berapa lagu? 3 lagu? 5 lagu? 10 lagu?

 

Tetapkan pada diri anda, anda nak jadi composer yang bagaimana? Fokus untuk lagu yang macam mana? Karya yang macam mana yang anda nak bawa masuk dalam pasaran? Penyanyi yang bagaimana yang akan menyanyikan lagu-lagu anda?

 




 

#3 BINA KONTEN YANG BERMANFAAT

 

Bina konten sebenarnya juga adalah salah satu gerak kerja yang anda perlu laksanakan. Tetapi ia lebih kepada bagaimana anda nak posisikan diri anda. Sekarag adalah zaman media sosial. Gunakan YouTube sebagai platform anda untuk mula menapak.

 

Melalui konten-konten yang bagus dan bermanfaat, kita akan dapat bina “fan base” kita sendiri.

 

Bgaimana nak bina konten? Konten yang macam mana?

 

Cara yang paling mudah adalah dengan bertanya sendiri kepada pendengar/penggemar/penonton YouTube yang suka konten muzik.

 

#4 BERKAWAN DENGAN RAKAN YANG SAMA VISI

Anda tak boleh buat kerja sorang-sorang. Cari rakan yang mempunyai visi yang sama seperti anda. Apabila anda berkawan, anda akan lebih bersemangat dan tidak mudah cepat rasa putus asa.

 

Dalam memilih kawan, anda akan laui fasa iaitu anda perlu jumpa pelbagai ragam rakan muzik. Ada sahaja yang tak kena. Sebab tak boleh nak ngam dan tak sehaluan. Ini normal.

 

Teruskan mencari kawan. Buat kawan itu sampai jadi partner kita yang boleh bantu kita sama-sama capai visi tersebut.

 

KLIK SINI UNTUK KAMI BANTU ANDA MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA!

Anda suka dengan artikel kami? Anda nak dapat artikel terus ke whatsapp anda? Klik SINI untuk langgan – PERCUMA!

 




 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *