Cara Buat Video Lagu Cover Yang Berkualiti Hanya Dengan Menggunakan Telefon Pintar

Zaman makin canggih.

 

Teknologi yang ada sekarang makin menjadikan urusan manusia makin mudah.

 

Sekarang, semua orang memiliki telefon pintar.

 

Ini bukan lagi alasan untuk anda tidak memulakan video cover di YouTube.

 

Di artikel kami sebelum ini, pernah kami kongsikan 5 Sebab Kenapa Anda Kena Buat Video Cover Lagu Di YouTube. Jika anda belum baca, boleh klik SINI ini untuk baca.

 

Untuk perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan bagaimana cara untuk buat lagu cover yang berkualiti hanya dengan menggunakan telefon pintar sahaja.

 

 

#1 Pilih lagu yang sedang Trending!

Pemilihan lagu mesti kena betul. Anda kena tetapkan golongan sasaran anda.

Jika anda mengejar jumlah tontonan (tidak salah untuk mengejar jumlah tontonan), lagu anda mesti lagu yang sedang trending.

 

Bonus : Jika anda pening sangat nak buat cover lagu apa, tengok sahaja carta lagu radio tempatan atau antarabangsa, pilih sahaja lagu-lagu dari carta itu.

 

 

#2 Praktis!


Selepas dah pilih lagu, praktis sehabis baik lagu yang anda ingin nyanyikan. Pastikan anda betul-betul faham dan ingat melodi lagu tersebut. Seeloknya anda hafal lirik lagu itu.

 

 

#3 Rakam!

Posisikan kamera dari telefon pintar anda dengan betul supaya nampak jelas. Jangan terlalu dekat dan juga terlalu jauh dari kamera.

Pastikan pencahayaan cukup untuk pastikan kualiti video anda di tahap yang baik. Cara yang terbaik adalah rakam di bilik yang mempunyai tingkap. Rakaman perlu dibuat pada waktu siang kerana pencahayaan dari cahaya matahari lebih natural.

 

Bonus : Anda juga boleh rakam audio terlebih dahulu kemudian miming untuk rakaman video. Cara ni sebenarnya lebih menjimatkan masa. Kebanyakkan video-video cover di YouTube, mereka rakam audio terlebih dahulu.

 




 

 

#4 Muatnaik ke YouTube!

Semasa proses memuatnaik video, anda perlu isi bahagian Title dan Description. Pastikan anda tulis tajuk lagu dahulu atau nama penyanyi asal lagu yang anda cover, kemudian baru anda letakkan nama anda.

 

Sebagai contoh :
Tergantung Sepi – Haqiem Rusli | Syahir (Cover)

 

Di bahagian Description pula, anda boleh letakkan lirik lagu yang anda cover atau maklumat yang berkaitan untuk menghubungi anda. Jangan biarkan kosong atau tulis ayat terlalu pendek.

 

Selamat mencuba!

 

NAK RAKAM LAGU COVER DENGAN KUALITI YANG MEMUASKAN? KLIK SINI!

 

Anda suka dengan artikel kami? Daftar PERCUMA sahaja! – Dapatkan artikel secara mingguan terus ke Email dan Whatsapp anda.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *