Selamat tinggal tahun 2019. Selamat datang tahun 2020!
Sedar tak sedar, pejam celik-pejam celik sudah masuk tahun baru.
Cuba kita recap balik, ada tak matlamat yang kita impikan sudah tercapai pada tahu 2019?

Tak tercapai? Atau separuh sahaja tercapai? Atau tercapai semuanya? Hehe!
Bagi yang masih belum tercapai, jangan khuatir dan jangan gusar. Ianya normal jika ada matlamat kita yang tidak tercapai.
Cumanya.. kita kena semak balik, kenapa matlamat atau gol kit aitu sukar atau tidak tercapai?
Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan pada anda cara menetapkan azam dan matlamat kita untuk tahun 2020 (dan tahun-tahun yang seterusnya) dengan cara yang betul.
Pertama sekali yang anda perlukan adalah..
MENULIS MATLAMAT ANDA
Apa yang anda nak capai pada tahun 2020? Nak buat album? Nak rakam 3 lagu Single dalam masa 1 tahun? Nak cukupkan 5 lagu untuk daftar keahlian MACP dalam masa 1 tahun?
Anda kena nyatakan matlamat anda. Tulis besar-besar dan tampal di almari baju anda. Atau tampal sahaja di mana-mana yang anda akan selalu nampak.
Macam mana nak tulis?
Baik. Saya tunjukkan contoh. Ini matlamat saya untuk tahun 2020. Anda baca matlamat saya, dan anda doakan sekali supaya matlamat saya tercapai. (Saya juga doakan anda apa jua yang anda impikan akan termakbul. Amin 😊)
“…Saya berazam untuk tahun 2020 ini, saya dan pasukan saya akan bekerja keras untuk dapatkan 10,000 subscribers untuk channel YouTube Longan Garage…”
“… Bermula saat ini, saya akan berusaha keras untuk membuat jualan Ebook Misi Seorang Penghibur sebanyak 500 unit untuk tahun 2020…”

SMART GOAL
Langkah kedua ini berkaitan dengan langkah yang pertama tadi. SMART goal ini ada maksud tersirat. Ianya adalah satu bentuk kaedah untuk kita menetapkan matlamat kita dengan betul.
S = Specific / khusus
M = Measurable / Terukur
A = Achievable / Dapat dicapai
R = Relevant / munasabah
T = Time based / Batas waktu
Apabila anda menetapkan matlamat anda..
SPECIFIC / KHUSUS
Matlamat anda mesti spesifik. Jika tidak, matlamat anda akan samar-samar.
Sebagai contoh :
“… Untuk tahun 2020 ini, saya nak rakam Lagu Single..”
Jika lihat matlamat di atas, ianya tidak begitu spesifik. Anda perlu persoalkan lagi matlamat anda itu. Contohnya :
Nak rakam lagu dimana? Berapa banyak duit yang nak dikumpul untuk membuat rakaman? Lagu yang macam mana anda nak rakam? Siapa yang akan menulis lagu and aitu? Siapa pendengar lagu anda itu?
Bila matlamat anda sangat spesifik, matlamat anda akan lebih jelas.
Ini contoh matlamat yang lebih spesifik :
“…Untuk tahun 2020, Saya nak rakam Lagu Single berentak Balada untuk pendengar yang sukakan lagu-lagu cinta dan beremosi. Lagu itu akan ditulis oleh XXXXX. Saya akan membuat rakaman di Studio XXXXX dengan bayaran RMXXXXXX…”
MEASURABLE / TERUKUR
Pastikan matlamat anda itu boleh diukur. Baru kita dapat tahu keberkesanan matlamat kita itu.
Contohnya matlamat tidak terukur :
“… Saya nak lagu saya dimainkan di Spotify mendapat 1000 pendengar bulanan…”
Kenapa ianya tidak terukur? Sebab dalam ayat ini tidak dinyatakan apa strategi atau cara supaya kita dapat 1000 pendengar bulanan. (disebut : Monthly listener)
Apa kaedah dan cara untuk dapat 1000 pendengar bulanan? Perlukan 10 playlist? Perlu promosi setiap hari selama 5 bulan terturut-turut?
Setiap kali anda berikan persoalan pada matlamat anda adalah lebih baik. Ini akan membantu anda untuk berfikir lebih mendalam dan lebi fokus.
ACHIEVABLE / DAPAT DICAPAI
Salah satu elemen yang penting juga dalam menetapkan matlamat kita adalah matlamat kita itu mesti dapat dicapai. Jangan terlalu letakkan matlamat terlalu tinggi sehinggakan ianya terlalu sukar dan msutahil.
Contoh :
Matlamat anda adalah – “… Nak kumpul duit sebanyak RM5000 untuk beli barang-barang rakaman Home Studio..”
Adakah matlamat ini boleh dicapai? Jika 1 bulan anda hanya mampu buat simpanan sebanyak RM100, macam mana nak tecapai matlamat itu?
RELEVANT / MUNASABAH
Pastikan matlamat anda itu logik dan masuk akal. Jangan bilamana kita ceritakan matlamat kita, kawan anda dengar pun geleng kepala. Mustahil ianya akan berlaku. Berlaku adil dalam menetapkan matlamat anda. Pastikan ianya relevan.
Contoh matlamat yang tidak relevan :
“… Nak keudarakan lagu berentak Thrash Metal di radio-radio komersial dan pasarkan di arus perdana…”
Mustahil lagu berentak itu akan dipasarkan di arus perdana. Fahami betul-betul apa kehendak pasaran. Jika pasaran itu memang menerima lagu-lagu metal, sesuailah..
Jika tidak, cari pasaran lain.
TIME BASED / BATAS WAKTU
Tetapkan waktu bila matlamat itu akan dicapai.
Sebagai contoh :
“… Lagu ini perlu siap dalam masa 4 bulan mulai sekarang…”
Bila sudah ditetapkan waktu, anda akan susun masa dan jadual anda supaya matlamat itu dicapai dalam masa 4 bulan dari sekarang.

ANDA MASIH MENCARI STUDIO RAKAMAN LAGU ANDA? KLIK SINI! – UNTUK KAMI BANTU ANDA
Dapatkan Rahsia Bagaimana Komposer dan Pencipta Lagu Menjana Pendapatan Melalui Lagu. Klik Sini!
