Anda Tak Yakin Dengan Kemampuan Bakat Anda? Ini Cara Atasinya.




 

Nak pupuk keyakinan dalam diri kita untuk terus berani melakukan sesuatu perkara itu bukannya perkara yang mudah.

 

 

Ada sesetengah orang memang dilahirkan mempunyai keyakinan dalam diri yang cukup tinggi.Ada sesetengah orang, tidak.

 

 

Keyakinan diri atau self confidence sangat berkait rapat dengan kejayaan seseorang. Jika keyakinan diri kurang, macam mana nak Berjaya? Kan? Nak mulakan sesuatu perkara pun takut-takut / malu-malu.

 

 

Kalau sendiri kata dalam diri yang kita ni tak yakin, macam mana kita nak perkenalkan lagu kita pada pendengar? Macam mana kita nak promote lagu kita, kalau kita tak yakin dengan produk (lagu) kita sendiri?

 

 

Ini cara untuk atasi masalah kurang keyakinan diri.

 

#1 Cari rakan yang supportive


Bergaul dengan rakan yang supportive. Mereka ini kawan yang faham apa yang kita ingin lakukan dalam hidup kita. Mereka akan sentiasa sokong dan cuba untuk bantu kita selagi mampu.

 

#2  Paksa diri anda untuk tebalkan muka anda


Nak tak nak, anda memang kena paksa diri tebalkan muka anda. Selagi anda tak buat, sampai bila-bila anda akan rasa malu sebab tak yakin dengan diri anda.

 

Kalau anda hadapi masalah untuk menyanyi depan orang ramai sebab gementar, paksa diri anda untuk lakukannya juga. Selagi anda tak cuba, selagi itu anda takt ahu kemampuan sebenar diri anda.




 

 

#3  Berguru dan tambah ilmu-ilmu baru


Jika anda tak yakin dengan nyanyian anda, cari guru vocal. Jika anda tak yakin dengan permainan gitar anda, cari guru gitar. Semakin anda tambah ilmu-ilmu baru dan memperaktikannya, semakin anda lebih yakin dengan kebolehan diri anda.

 

 

#4  Ubah penampilan


Dengan cara mengubah penampilan anda juga boleh mempengaruhi tahap keyakin diri anda. Cuba luangkan masa anda untuk cuba pakaian atau style yang anda belum pernah cuba atau yang anda teringin nak cuba. Cubalah!

 

 

#5  Lakukan perubahan kecil secara konsisten dan berterusan


Lakukan perubahan secara kecil-kecilan dahulu. Biar kecil, asal berhasil.

 

Sebagai contoh, anda tak yakin dengan kemampuan suara anda. Anda belum pernah menyanyi di depan sesiapa pun. Apa yang anda perlu lakukan adalah nyanyi dahulu di depan kawan-kawan terdekat anda sahaja atau dalam kumpulan yang kecil.

 

Kemudian, kembangkan kepada orang yang anda tidak kenali, tetapi dalam kumpulan yang kecil. Apabila sudah semakin selesa dan yakin, tingkatkan lagi bilangan kepada kumpulan sasaran yang lebih besar.

 

 

MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA DENGAN MEMILIKI RAKAMAN SINGLE ANDA SENDIRI – KLIK SINI!

 

Ketahui rahsia bagaimana komposer dan pencipta lagu menjana pendapatan dengan lagu – Muat turun Percuma!

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *