Bagaimana Muzik Boleh Membantu Anda Tingkatkan Keyakinan Diri dan Disiplin – Ini Sebabnya!




Muzik adalah fitrah manusia. Kita tak dapat nak nafikan muzik sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada msyarakat. Ia mampu meningkatkan tahap keyakinan diri selain dari membina disiplin dalam diri.

 

Jika kita tanya pada semua pernigkat umur manusia, boleh dikatakan majoriti akan suka muzik. Ada yang suka mendengar dan ada yang suka bermain muzik. Hanya sebilangan kecil sahaja yang memilih untuk tidak mendengar muzik.

 

Muzik ini alat. Jika kita guna sebaiknya, semestinya ia memberikan manfaat. Tetapi, jika digunakan ditempat yang salah dan tidak betul, muzik mampu melalaikan kita.

 

Apa kebaikan yang boleh kita dapat dalam mempelajari muzik?

 

#1 Mengurangkan stres dan tekanan

mengurangkan stres dan tekanan
Mendengar, menyanyi, ataupun bermain alat muzik pada waktu lapang. Dalam kesibukan seharian kita bekerja, penat Lelah dan tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan dengan meluangkan masa bermain muzik.

 

Dalam suasana kehidupan seharian sekarang, ramai orang mengimpikan work life balance yang baik. Hidup bukan untuk bekerja sahaja. Ada masa, rehatkan tubuh badan dan minda anda dengan muzik.

 

 

#2 Meningkatkan keyakinan diri

mengingkatkan keyakinan diri
Muzik mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Tuhan ciptakan manusia dengan kelebihan masing-masing. Ada orang yang diberi kelebihan mampu berucap didepan khalayak ramai. Ada orang tidak.

 

Dengan muzik, ianya merupakan salah satu kaedah yang boleh menyelesaikan masalah gemuruh, gementar apabila berhadapan dengan ramai orang.

 

Kerana, melalui persembahan (nyanyian/muzik/tarian/dan lain-lain), kita dapat tingkatkan keyakinan kita melalui bakat yang kita ada.




 

#3 Muzik melatih diri berdisiplin

muzik melatih diri berdisiplin
Ada sesetengah orang dalam masyarakat menganggap mereka yang terlibat dalam muzik ini adalah mereka mempunyai masalah pengurusan masa, masalah akhlak dan sebagainya. Ianya tidak sama sekali. Seperti yang saya katakana tadi, muzik adalah alat. Jika digunakan dengan tidak betul, maka hasilnya pun tidak betul.

 

Tetapi jika digunakan dengan cara yang betul, maka hasilnya pun baik. Muzik mengajar seseorang itu tentang sabar, impian, dan proses. Sebagai contoh, jika kita nak mahir menyanyi, kita akan melalui proses belajar. Melalui proses inilah kita diajar supaya belajar dengan sabar. Jangan gopoh.

 

Mereka yang minat dalam muzik, semestinya menjadi impian mereka untuk Berjaya. Jika mereka gagal untuk berdisiplin dalam nak melalui proses belajar, bagaimana nak Berjaya? Kan?

ANDA MINAT CIPTA LAGU? RAKAM LAGU DAN DAPATKAN EBOOK PERCUMA CARA PASARKAN LAGU DI RADIO – KLIK SINI!

Ketahui rahsia Komposer & Penulis Lirik Jana Pendapatan lumayan – Klik SINI!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *