Setup Home Studio Murah – Ini 6 Alatan Yang Anda Perlu Ada!




Nak setup home studio sebenarnya tak memerlukan kos yang besar. Anda hanya perlu tahu alatan apa yang anda perlu ada dan beli. Cukup 6 alatan ini, anda dah boleh buat home studio.

 

Bagusnya bila anda ada home studio, ada boleh dah buat rakaman cover sendiri di rumah dengan kualiti audio yang bagus.

 

Anda nak tahu 6 alatan itu? Tonton video dibawah ini.

 

Ini 6 alatan yang anda perlu ada untuk setup home studio:

1. Komputer/laptop – Tak kisah apa jenis laptop atau computer, yang penting mempunyai ruang Hardisk yang besar dan RAM yang tinggi (Sekurang-kurangnya 8 gb). Bukan apa, bila computer/laptop anda dalam kondisi yang baik, kerja rakaman anda nanti berjalan lebih lancar.

 

2. Audio Interfaces (AI) – Ini pun penting. AI ini fungsi dia adalah untuk menghubungkan (connect) Mikrofon atau cable gitar anda ke AI. Di pasaran ada macam-macam AI yang anda boleh beli. Untuk permulaan, beli yang tak terlalu mahal. Cari yang range harga dalam RM400-RM600 pun dah okay sangat dah.

beli Audio Interfaces Percuma microphone dan headphone

 

3. Studio Monitor Speaker – Secara peribadi, saya tak anggap speaker monitor adalah wajib untuk anda beli untuk permulaan ini. Jika anda ada budget yang lebih, baru beli. Jika tak, tak payah beli. Sambung baca point yang ke-4.

 

4. Headphone – Yang ni memang wajb kena ada.

 

5. Mirofon Kondensor – Anda boleh beli dalam range harga RM200-RM400. Beli jenis Kondensor ya. Bukan Dynamic Mic.

 

6. Software / DAW – Yang ni ada macam-macam DAW yang anda boleh dapat dalam pasaran. Tapi saya suggest untuk anda guna yang percuma sahaja iaitu, Cakewalk By Bandlab. Boleh muatturun disini : https://www.bandlab.com/products/cakewalk

Itu sahaja! Cukup 6 alatan ini, anda sudah boleh rakam lagu dan cover di rumah anda sendiri 😉

 

beli Audio Interfaces Percuma microphone dan headphone

Anda beli Audio Interfaces, PERCUMA Headphone dan Microphone! Pembelian yang menjimatkan anda. Anda boleh tonton video tutorial bagaimana cara nak guna. Mudah sahaja.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *