Nak Rakam Vokal Di Rumah? Tonton Video Perkongsian Dari Pemilik Studio Rakaman




Musim Covid-19 ini, ramai terkurung dirumah. Maca-macam aktiviti yang masyarakt kita lakukan bagi menghilangkan kebosanan dan mengisi masa lapang yang panjang.

 

Ada diantara mereka yang mencuba segala resipi masakan. Ada yang tak kurang membuat video parodi sekadar mengihiburkan jiwa yang suram.

 

Bagi mereka yang minat dengan seni muzik, mereka banyak membuat video nyanyian di rumah.

 

Artikel ini akan memberikan sedikit perkongsian dengan anda, bagaimana untuk setup Acoustic Treatment di bilik anda.

 

Dengan membuat sedikit treatment, mungkin dapat membantu anda bagi mendapatkan rakaman vokal yang lebih baik.

 

Video di bawah, kami tunjukkan bagaimana kami membuat treatment, jemput tonton.




Di ruangan bilik kami, ada sliding door, pintu tandas, pintu ke ruang tamu dan tingkap. Apa yang kami lakukan adalah :

 

1. Letak karpet
2. Pasang panel di keliling bilik
3. Letak dan tampal span di pintu, tingkap, sliding door dan siling.

 

Total kos kami membuat treatment lebih kurang dalam RM1500++.

 

Untuk bilik anda, anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membuat treatment seperti kami.

 

Cukup dengan anda memperbanyakkan material yang lembut dalam bilik anda. Seperti langsir, tilam, bantal, atau baju.

 

Bagaimana? Dah cuba? Jika anda dah cuba, boleh kongsikan pada kami hasilnya ya 😉

KINI ANDA BOLEH MEMBUAT RAKAMAN DARI RUMAH! PAKEJ RAKAMAN LAGU SINGLE PERCUMA MIKROFON – KLIK SINI!

Ini rahsia bagaimana Komposer & Penulis Lirik menjana pendapatan lumayan dengan royalti lagu – Klik Sini!

 




 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *