Rakam Lagu Sebab Nak Jadi Artis? Tak Semestinya! Ini Sebab Sebahagian Orang Suka Rakam Lagu..





Jika kita lihat di media sosial seperti YouTube, Facebook, Instagram dan platform media sosial yang lain, kita dapat lihat begitu ramai anak-anak muda sekarang memuat naik video nyanyian lagu cover, dan juga lagu mereka sendiri.

 

lagu-lagu baru dari penyanyi-penyanyi bebas (Independent) begitu banyak sekali.

 

Ada dalam kalangan mereka yang berhabis beribu ringgit hanya semata-mata untuk membuat rakaman lagu. Mereka rakam lagu untuk apa? Nak jadi artis ke?

 

Bagi sesetengah orang yang tak faham, memang mereka akan rasa begitu. Rakam lagu nak buat apa lagi kan? Nak jadi artis ler tu! Hehe!

 

Tak semestinya nak jadi artis pun. Dibawah ini kami senaraikan antara sebab ramai orang nak rakam lagu sendiri.

 

1. Sebab suka / minat

sebab suka dan minat

Tak dinafikan, golongan mereka yang rakam lagu sendiri atas sebab suka dan minat menyanyi ini memang tinggi. Kebanyakkannya mereka ini bukan penyanyi sepenuh masa.

Mereka ini ada pendapatan tetap. Mereka rakam lagu memang sebab suka dan minat.

 

2. Tempat luah perasaan

tempat luah perasaan

Rakam lagu adalah salah satu cara untuk sesetengah orang meluahkan perasaannya. Antaranya adalah yang putus cinta, yang bergaduh dengan kawan, geram dengan suasana politik dan bermacam lagi.

Mereka menggunakan medium lagu untuk mereka luahkan apa yang terbuku dalam hati. Mereka merasa puas bila dapat rakam lagu dan dapat hilangkan tekanan.




3. Sekadar untuk simpanan dan kenangan

sekadar simpanan dan kenangan

Golongan ini pun ramai juga. Terutama mereka yang berada dalam kelas umur lingkungan 40-50 tahun.

Sewaktu mereka diusia muda, mereka banyak cipta lagu sendiri. Pada waktu itu, bukan ada teknologi rakaman lagu seperti sekarang. Perlu ke studio rakaman yang bayarannya sangat mahal untuk menghasilkan satu buah lagu.

Bila masa dah berlalu, nak buat rakaman lagu sudah tidah semahal dahulu. Yang menawarkan pakej rakaman lagu juga sudah semakin banyak. Jadi, inilah peluang mereka untuk membuat rakaman lagu.

 

4. Sebagai hadiah

sebagai hadiah

Zaman sekarang, tak semestinya nak bagi hadiah kena bagi jam, handbag, minyak wangi atau kasut. Lagu pun boleh dijadikan hadiah. Ada juga yang hadiahkan sebuah lagu untuk isteri tercinta. Menarikkan?

Anda yang baru nak membina rumah tangga, boleh hadiahkan sebuah lagu untuk isteri atau suami anda sewaktu majlis perkahwinan.

 

5. Timba pengalaman baru

timba pengalaman baru

Proses rakaman lagu ini sesuatu yang menyeronokkan. Bagi mereka yang tak pernah melaluinya, inilah masanya untuk mereka rasa macam mana penyanyi-penyanyi membuat rakaman lagu.

Sebagai contoh proses rakaman suara. Bagi mereka yang tak pernah masuk ke studio, rakaman suara adalah detik yang sangat menyeronokkan. Rakam suara tak sama macam menyanyi di “Karoke”. Ianya berbeza sama sekali.

Pengalaman-pengalaman ini yang membuatkan mereka ingin rakam lagu.

Jadi, anda di golongan yang mana? 😊

ANDA ADA LAGU SENDIRI? KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PAKEJ RAKAMAN LAGU!

Muat turun Ebook Percuma – Cara Jana Pendapatan Melalui Royalti!

 




 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *