3 Kesilapan Yang Sering Penyanyi Baru Lakukan Bila Masuk Ke Dunia Seni




Sedikit perkongsian untuk anda yang teringin nak masuk ke dunia seni. Untuk bakat-bakat baru, kami ucapkan Selamat Datang! 😊

 

Dalam dunia seni, iaitu seni nyanyian terutamanya adalah salah satu cabang seni yang sangat diminati oleh ramai orang.

 

Ramai yang nak berkarya dan nak lagu mereka hit. Siapa yang tak nak kan?

 

Tetapi, kebanyakkan mereka tak tahu strategi dan apa yang perlu dibuat, apa yang tak perlu dibuat, apa yang perlu dibuang jauh-jauh…

 

Ada 5 kesilapan umum yang sering penyanyi baru lakukan. Mungkin ada diantara anda melakukannya? Hehe!

 

Sejujurnya, perkongsian ini adalah dari pengalaman kami sendiri. Kami sendiri pun buat silap. Jadi kami tak nak anda juga buat kesilapan yang sama.

 

 

Teruskan baca..

 

 

#1 Nak cepat lagu hit

Senang cerita, tak sabar. Huhu!
Kita tak boleh ada mindset yang macam ini. Harapkan 1 single, boleh terus hit! Jangan.. Pertama sekali yang anda kena betulkan adalah, tujuan anda berkarya itu untuk apa.

 

Nak berkarya sebab nak seronok-seronok? – Tak perlu hit pun tak mengapa. Yang penting anda seronok untuk berkarya.

 

Nak berkarya sebab nak jana pendapatan dengan royalty? – Anda kena semak balik arah tuju lagu anda itu. Kena buat kajian pasaran. Lagu anda boleh diterima pendengar awam atau tak?

 

#2 Tiada perancangan

Jika tak rancang, maknanya anda rancang untuk gagal. Macam biasakan dengar ayat ni? Hehe!

 

Kita main redah je. Ada sesetengah keadaan memang kita boleh main redah. Tetapi seeloknya, perlu ada perancangan yang rapi.

 

Sebagai contoh : Dapat peluang membuat persembahan di restoran / café / gig / atau lain-lain

Jika kita seorang yang ada perancangan, kita boleh lakukan beberapa perkara ini untuk tarik peminat datang ke tempat kita buat persembahan.

Antaranya :

  • 1 atau 2 minggu sebelum, sudah giat membuat konten dan mewar-warkan keberadaan kita untuk majlis tersebut.
  • Buat contest untuk diberikan barang percuma kepada mereka yang datang.
  • Kerap membuat latihan sebagai persediaan sebelum tiba hari persembahan.

 

Ini antara 3 perancangan yang perlu anda lakukan. Ikutlah kreativiti anda untuk Tarik penonton hadri melihat persembahan anda.

 

Jangan terhadkan kreativiti hanya pada karya anda sahaja. Curahkan juga pada idea pemasaran suapaya lebih ramai pengikut anda.




 

#3 Lagu anda tak sesuai dengan pendengar

Apa kekuatan lagu anda? Lagu anda genre apa? Lagu anda kerap didengar oleh golongan pendengar yang bagaimana?

 

Anda perlu tahu kekuatan lagu anda supaya anda boleh terus sasarkan pada pendengar yang betul.

 

Saya berikan contoh sasaran pendengar yang tak kena dengan lagu anda:

– Anda buat lagu genre Metal tapi anda perform di gig jazz.
– Anda promosi lagu RnB anda pada group untuk lagu-lagu Rock Jiwang 90’an.
– Anda bagi dengar lagu pop rock pada pendengar lagu-lagu metal sejati.

 

Nampak kan? Faham?

 

Kami kongsikan 3 kesilapan ini supaya anda tak lakukannya. Tak salah kalau anda nak buat juga . Mana tahu kan, anda boleh buktikan apa yang saya cakap ni mungkin tak betul atau salah.

 

Boleh kami juga belajar sesuatu dari anda. 😊

 

Jika anda ada tip atau pengalaman yang anda nak kongsikan pada kami, boleh emailkan pada kami atau hubungi kami. Jika bertuah, kami akan muatnaik perkongsian anda ke portal blog kami. Biar lebih ramai yang dapat manfaat.

 

Sharing is caring, kan?

DAPATKAN PANDUAN LENGKAP CARA PROMOSIKAN LAGU ANDA – KLIK SINI!

Klik RAHSIA komposer & penulis lirik menjana pendapatan dengan royalti lagu yang mereka cipta – Muat Turun Percuma!

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *