6 Keadaan Yang Membuktikan Anda Betul Minat Dengan Muzik




Muzik ini suatu fitrah. Sebagai manusia, janggal sekali kita jumpa orang yang tak pernah dengar muzik. Walaupun seseorang itu tidak minat muzik secara pasti, tetapi bila ditanya, lagu apa yang mereka suka dengar, pasti ada 1 atau 2 lagu yang akan disebut.

 

Perkongsian kali ini, kami nak tunjukkan kepada anda, 5 keadaan yang menunjukkan anda ini betul-betul minat dengan muzik.

 

1. Berkawan dengan minat yang sama

berkawan dengan minat yang sama

Kita akan mudah untuk berbual, atau bergaul dengan orang lain yang minat sama dengan kita walaupun orang itu kita baru jumpa. Pernah kan? Padahal, kita tak kenal pun dia. Tapi sebab dia minat lagu yang sama dengan kita. Jadi kitab oleh berborak panjang macma dah berkawan lama.

 

2. Sanggup berhabis duit

sanggup berhabis duit

Anda sanggup berhabis duit, masa dan tenaga anda hanya semata-mata untuk minat muzik anda. Contoh beli CD artis yang mereka minat, masuk kelas vokal, masuk kelas belajar muzik, rakam lagu, masuk kelas belajar cipta lagu dan sebagainya.

 

3. Hari-hari nyanyi!

hari hari nyanyi

Yang ini untuk mereka yang berbakat dalam nyanyian. Jika anda memang betul-betul minat menyanyi, mesti anda setiap hari menyanyi kan? Pantang ada masa sorang-sorang terutamanya semasa mandi dan memandu kereta. Dua tempat ini waktu paling “best” menyanyi.




 

4. Anda tak jemu mendengar lagu

anda tak jemu mendengar lagu

Anda suka luangkan masa anda dengan mendengar lagu. Samada lagu baru atau lagu lama. Anda rasa dengan mendengar lagu dapat mengurangkan tekanan dan stress anda.

 

5. Tak pernah berhenti dari terlibat dengan muzik

tak pernah berhenti dari terlibat dengan muzik

Masa berlalu bertahun-tahun. Anda hanya dengan muzik. Tak beralih pun pada perkara lain. Muzik, muzik dan muzik.

 

6. Suka pergi gig, konsert atau open mic

suka pergi gig konsert open mic

Tak sah kalau hujung minggu tak pergi tengok orang perform. Mesti nak pergi. Sekarang ni pula, banyak tempat gig kecil yang menampilkan bakat-bakat baru. Selain dari tengok orang perform, kita dapat jumpa kenalan baru. Itu yang syok!

Kalau anda minat nak tengok live performance yang santai dan tenang, boleh cuba join Live LOKASI.

 

ANDA MINAT CIPTA LAGU? REALISASIKAN MINAT ANDA DENGAN MERAKAMKAN LAGU ANDA DENGAN KAMI – KLIK UNTUK KETAHUI PAKEJ RAKAMAN LAGU!

Muat Turun Ebook PERCUMA Rahsia Komposer & Penulis Lirik Jana Pendapatan Dengan Royalti Lagu – Klik Sini!




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *