Rakam lagu SINGLE sampai RM20,000.. Mahalnya!




Ya! Memang ada yang rakam lagu sampai harga RM20,000. Harga dah boleh buat deposit beli kereta BMW. Hehe!

 

Sebenarnya, harga jadi tinggi sebegitu disebabkan ia melibatkan ramai tenaga kerja dan juga kepakaran orang yang terlibat.

 

Bukanlah semua lagu memang harga RM20k. Harga boleh jadi pelbagai.

 

Ada studio yang tawarkan harga RM5000 1 lagu, ada yang RM2000, ada yang RM10000.

 

Harga tak tetap. Harga boleh berubah, bergantung kepada beberapa faktor.

 

 

Antara faktor yang membuatkan harga sesebuah lagu itu jadi mahal adalah :

#1 Kepakaran orang yang terlibat

kepakaran orang yang terlibat

Makin pakar seseorang itu, makin mahal harga dia. Contoh, anda nak rakam lagu yang melibatkan rakaman orchestra. Untuk rakam orchestra perlukan seseorang yang boleh tulis Score.

Tak semua orang pemuzik mampu untuk menggalas kerja menulis score untuk orchestra. Jadi, harganya tentulah mahal atas sebab kepakarannya.

 

#2 Penjenamaan diri

penjenamaan diri

Maksud penjenamaan diri boleh juga disebut sebagai Personal Brand. Contoh, semua sedia maklum dan kenal siapa dia Datuk M Nasir. Seorang komposer dalam industri muzik yang sangat hebat dan ternama.

Dengan pencapaian yang beliau ada, sudah tentu harga beliau tinggi berbanding dengan komposer-komposer baru.




 

#3 Ramai orang terlibat dalam sesebuah pembikinan

ramai orang yang terlibat dalam sesebuah pembikinan

Kadang-kadang harga jadi makin mahal sebab ramai yang terlibat. Contoh, kita nak rakam lagu berentak balada. Rentak balada memang sinonim dengan bunyi orchestra.

Cuba bayangkan, berapa ramai pemuzik yang terlibat? Makin ramai, makin tinggi bayaran.

 

“…Tapi… saya nak rakam lagu untuk suka-suka sahaja.. lagi pun saya bukanlah fulltime cari makan dengan menyanyi. Saya nak berkarya ni untuk sampingan sahaja.. kalau ada rezeki lagu hit, ada lah.. kalau tiada, tak mengapa…”

 

Sebab itu, harga boleh berbeza. Bergantung kepada 3 faktor yang saya sebutkan tadi. Kalau anda baru-baru sahaja nak cipta lagu, atau baru nak mencuba, rakam lagu pun sebagai sampingan, anda boleh sahaja cari studio-studio yang tawarkan pakej rakaman yang lebih berbaloi dengan “poket” anda.

 

Yang penting, berkaryalah dengan hati yang tenang. Duit yang anda labur, berbaloi dengan apa yang anda dapat.

Makin murah harga, makin kurang kualiti. Makin mahal harga, makin bagus kualitinya.




 

Jadi anda nak pilih yang mana? Pastikan berbaloi 😊

 

ANDA NAK RAKAM LAGU DENGAN HARGA YANG BERBALOI DENGAN “POKET” ANDA? KLIK SINI UNTUK KETAHUI HARGA!

Muat turun Ebook PERCUMA Rahsia Komposer & Penulis Lirik jana pendapata dengan royalti – Klik Sini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *