3 Sebab Kenapa Idea Susah Nak Datang Bila Nak Cipta Lagu




Nak cipta sesebuah lagu memang bukan perkara yang senang. Itu tidak kita nafikan. Tetapi ia bukanlah satu tiket untuk kita mencipta alasan dari tidak mencipta lagu.

 

Ada orang kata, nak cipta lagu kena ada idea datang dahulu. Baru boleh buat lagu.

 

Jadi, kalau tiada idea, tak boleh lah nak cipta lagu?

 

Kena tunggu idea datang baru boleh buat?

 

Sebenarnya, kita boleh mencipta satu suasana atau keadaan yang membolehkan idea itu datang.
Kami nak kongsikan dengan anda semua 3 sebab kenapa idea susah nak datang bila kita nak cipta lagu-lagu baru.

 

#1 Tiada rujukan lagu

tiada rujukan lagu

Kita nak cipta lagu apa? Lagu Rock? Lagu rock yang macam mana? Rock style band Hujan ke? Atau style band Gun N Roses? Kita kena tahu lagu style yang macam mana kita nak cipta.

 

Caranya adalah, dengan memperbanyakkan lagu yang kita dengar. Boleh dengar di Spotify. Anda taip sahaja nak lagu apa. Cara ini sangat berkesan. Malah, kami sendiri pun guna cara ini.

 

 

#2 Kita mengharap lagu kita sempurna

kita mengharap lagu kita sempurna

Dalam proses nak mencipta lagu, sememangnya akan ada fasa yang mana lagu yang kita buat tu jadi tak sedap. Jadi tak “best”. Ini normal. Sebenarnya, kita kena paksakan juga diri kita untuk siapkan lagu walaupun tak sedap. Yang penting, kita kena disiplinkan diri kita sehari dalam 1 jam untuk cipta melodi atau lirik baru.




 

Kemudian, buat secara konsisten. Kalau tak dapat 1 hari 1 jam pun tak mengapa. Yang penting konsisten. Kita buat secara konsisten 3 hari 1 jam pun tak apa.

 

Lama-lama nanti, kita sudah ada 1 koleksi lagu yang banyak. Dari situ nanti kita pilih salah satu lagu dari koleksi lagu itu untuk kita lengkapkan sepenuhnya lagu itu atau membuat sedikit perubahan pada lagu tersebut pada kadar yang perlu.

 

 

#3 Tak praktis

tak praktis

Dengan cara kita melatih diri kita untuk sentiasa mencipta lagu dan mendengar lagu-lagu lain sebagai rujukan, adalah satu praktis yang berkesan.

 

Jika anda tak buat, bagaimana anda nak dapat idea? Idea ini datang sebenarnya dari ilham lagu-lagu lain yang kita dengar, kemudian kita ubah sedikit demi sedikit mengikut kehendak kita.

 

Praktis kunci utama untuk anda mendapat idea mencipta lagu. Jadi, praktis ya!




 ANDA MENCARI STUDIO RAKAMAN YANG BOLEH MEMBANTU ANDA MEREALISASIKAN IMPIAN ANDA? KLIK SINI!

Dapatkan EBook PERCUMA Rahsia Komposer & Penulis Lirik Menjana Pendapatan Dengan Royalti. Klik SINI!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *