Tiada Bakat Menyanyi Bukan Penghalang Untuk Anda Kejar Impian Anda




Mustahil tak kalau seseorang itu kata –

“.. Saya nak jadi penyanyi.. tapi saya tak pandai nyanyi.. boleh ke..?

 

Boleh ke? Tak pandai nyanyi, tapi nak nyanyi. Macam tak logik je.

 

Sebenarnya boleh. Tiada yang mustahil. Saya sendiri dulu agak sketikal juga. Menyanyi ni satu kemahiran yang bukan semua orang ada. Ianya satu bakat yang tak semua orang ada.

 

Tetapi, bakat bukanlah mutlak penentu kejayaan bagi seseorang. Ianya sekadar percikan sahaja. Ataupun, bakat ni sebenarnya sebagai dorongan.

nak jadi penyanyi

 

Bakat akan hanya tinggal bakat kalau tiada usaha.

 

Ramai orang yang saya jumpa mempunyai bakat meyanyi yang bagus. Suara yang bagus, ada “Wow” faktor. Mempunyai kelebihan menyanyi pelbagai jenis lagu. Suara yang unik. Berkebolehan menyanyi dengan sangat baik.

 

Tetapi apa yang saya lihat, ada segelintir mereka ini leka dengan hanya bakat yang ada. Tak praktis, tak buat video cover, tak buat konten dan sebagainya. Yang menyedihkan lagi, asyik cari salah orang sahaja.

 

Semua orang dia nak salahkan. Salahkan industri, salahkan lagu, salahkan syarikat rakaman dan lain-lain. Sedangkan sendiri yang tak usaha ☹

 

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai bakat menyanyi, tetapi keinginan menyanyi itu tinggi. Mereka ini rajin berlatih, rajin membuat cover di YouTube, rajin membuat konten-konten untuk tarik dan tambah bilangan pengikut.

 

Golongan ini bagi saya, ada harapan yang sangat cerah untuk berjaya. Keazaman dan ketekunan mereka tinggi. Cuma kekurangan mereka ini, suara mereka biasa-biasa sahaja.




 

Soal ada bakat atau tak, bagi saya adalah nombor 2. Yang utama adalah keinginan anda. Anda betul-betul nak jadi penyanyi atau tak.

 

Anda tak pandai menyanyi >>> Masuk kelas vokal

Tak pandai tulis lirik >>> Mula belajar tulis lirik. Dengar banyak lagu.

Tak tahu main gitar >>> Masuk kelas gitar. Nak yang percuma? Buka YouTube, cari “Cara-cara untuk bermain gitar untuk beginner”.

 

Tindakan anda yang tentukan dimana anda 2-3 tahun yang akan datang. Kalau anda tak mulakan tindakan anda, bermakna anda tak minat sangat nak menyanyi, main muzik dan sebagainya.

 

Saya nak tunjukkan 1 video yang akan memberikan inspirasi pada anda yang tak mempunyai bakat menyanyi. Jangan sesekali rasa anda tak berbakat, anda nak terus putus asa untuk capai impian anda untuk jadi penyanyi.

Di video ini, Ed Sheeran tunjuk kepada kita, jika anda rasa penyanyi yang hebat dilahirkan mempunyai bakat menyanyi, anda silap. Praktis penyebab anda berjaya!

 

Teruskan kejar impian anda!

ANDA MINAT MENYANYI? SUDAH TIBA MASA UNTUK ANDA MEMILIKI LAGU SINGLE SENDIRI – KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

Muat Turun Rahsia Bagaimana Pencipta Lagu & Penulis Lirik Jana Pendapatan Melalui Royalti – Klik Sini




 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *