Perpustakaan Muzik Terbesar Spotify & Zaman Kaset dan CD




Spotify antara aplikasi audio stream yang menjadi pilihan utama kami untuk tujuan rujukan. Dalam aplikasi ini, terlalu banyak lagu yang dimuatnaik didalamnya.

 

Anda namakan sahaja lagu apa yang anda nak cari. 90% lagu yang anda cari pasti jumpa.

 

Bila kami diberikan tugasan untuk terbitkan sesebuah lagu yang bukan forte kami, kebiasaannya kami akan rujuk Spotify.

 

Anda sebagai penyanyi, komposer mahupun pencipta lirik, patut memiliki akaun Spotify. Kalau belum ada, kami sarankan untuk anda Sign Up.

 

Ramai bakat-bakat baru yang menghubungi kami bertanyakan tentang tip-tip nak cipta lagu. Jawapannya, tiada jalan singkat. Tetapi ini jalan yang lebih mudah. Iaitu, anda kena dengar banyak lagu. Sekarang dengan teknologi yang ada, kita ada Spotify dan YouTube, macam-macam lagu yang kita boleh dengar.

zaman kaset

Kalau dahulu, kami masih ingat lagi, rujukan lagu kami agak terhad. Nak dengar lagu kena beli kaset atau CD di kedai muzik. 1 kaset harga dalam RM20++. Kalau CD lebih kurang RM40++. Lebih mahal. Sekarang lebih murah.

 

Anda Sign Up Spotify bayaran bulanan baru sahaja RM15/bulan. Tapi anda boleh dengar macam-macam lagu.

 

Bagusnya masa zaman kaset dan CD, pendengar muzik ni lebih setia dengan seseorang artis atau band.




Bila beli kaset dan CD, anda akan ada sesi mendengar lagu dari track awal sampai habis track, sambal tengok dan belek seni kata. Pendengar akan lebih hargai dan rasa jatuh cinta dengan artis atau band yang kita minat.

 

Zaman berubah. Teknologi mula berkembang dan mengubah lanskap dunia muzik. Penyanyi hebat makin bertambah ramai. Bakat-bakat baru yang mampu mencipta lagu yang hebat juga semakin bertambah. Kesannya, persaingan makin sengit. Persoalannya, bagaimana untuk kekal relevan bersaing dalam pasaran yang semakin sengit?

ANDA BERBAKAT MENCIPTA LAGU? KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAKAMAN LAGU –  KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

Ketahui Rahsia Komposer & Penulis Lirik Jana Pendapatan Melalui Royalti Lagu – Klik Sini!




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *