Ramai bakat-bakat baru yang nak rakam lagu sendiri di studio. Tak kira samada anda bagus menyanyi ke, baru nak mula menyanyi ke, tidak mengapa. Tiada apa yang menghalang anda untuk rakam lagu di studio.
Dulu-dulu, artis sahaja yang rakam lagu di studio. Sekarang zaman dah berubah. Siapa-siapa pun boleh rakam lagu di studio. Sekarang banyak studio rakaman yang ada. Dari studio mahal, hingga studio yang ekonomi. Kita pilih sahaja yang mana berkenan.
Kali ini kami nak kongsikan pada anda tips nak pilih studio rakaman.
1. Pilihan studio
Pilih beberapa studio yang anda berkenan untuk rakam lagu. Cari dalam 2-3 studio. Tujuannya adalah untuk anda membuat perbandingan. Ada beberapa krateria yang boleh dijadikan panduan untuk anda pilih. Teruskan baca…
2. Kredibiliti studio
Studio yang anda nak rakam berkredibiliti dan berkemampuan untuk terbitkan lagu anda. Maksudnya disini adalah, sebagai contoh, anda nak rakam lagu bergenre Rap/Hip Hop. Anda perlu pilih penerbit/studio yang mahir rakam lagu rap atau hiphop. Bukan semua penerbit atau studio mahir.
Setiap studio ada kemahiran nya tersendiri. Apa yang anda boleh buat adalah, tanya dan minta rujukan lagu atau contoh-contoh lagu yang hampir sama dengan lagu yang anda ingin rakam.
3. Khidmat pelanggan
Anda juga boleh semak dari segi cara khidmat pelanggan (Customer Service) sesebuah studio itu. Pilih studio yang bagus khidmat pelanggannya.
Sebagai contoh : Kalau anda bertanyakan soalan, pemilik studio menjawab soalan anda dengan berhemah, hormat dan berbahasa.
4. Membantu masalah
Studio yang anda pilih itu dapat membantu masalah anda atau tak? Pemilik studio yang mampu selesaikan masalah pelanggannya, mereka akan hidangkan penyelesaian yang sesuai dan betul.
Video Sponsored
Anda nak kami bantu promosi video Lagu anda di website kami? Klik Sini!
5. Tengok review/ risik media sosial
Risik media sosial studio yang anda nak rakam itu. Dari situ anda dapat membuat pilihan sama ada untuk pilih studio itu atau pun tidak. Anda juga boleh lihat maklumbalas atau review berkenaan studio itu.
Jika review nya kurang memuaskan, seeloknya elakkan dari berurusan dengan studio itu kerana dikhuatiri akan akan menghadapi masalah yang tak dijangka.
6. Dokumentasi
Sebelum memulakan apa-apa rakaman, pastikan ada dokumentasi seperti Invois/Sebutharga sebelum anda teruskan membuat rakaman. Mesti dinyatakan berapa jumlah deposit yang perlu anda bayar dan bayaran baki yang anda perlu jelaskan. Ianya bagi mengelakkan kekeliruan dan masalah dikemudian hari.
Selepas and abaca tips yang kami kongsikan ini, anda bolehlah pilih mana-mana studio yang berkenan di hati anda. Tujuan kami tulis tips ini adalah untuk kami sendiri juga. Demi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, kami juga ingin maklum balas dari anda semua.
Anda boleh kemukakan cadangan, penambahbaikkan, atau apa sahaja maklum balas dari pihak anda. Anda boleh klik DISINI untuk isi boring maklum balas. Maklum balas anda sangat kami hargai 😊
KLIK SINI JIKA ANDA BERMINAT UNTUK RAKAM LAGU SINGLE ANDA!
Muat turun rahsia bagaimana Pencipta lagu & Penulis Lirik jana pendapatan dengan royalti lagu – Klik Sekarang!