Kesan Impak Covid-19 Kepada Pengkarya dan Artis. Apa Solusinya?




Impak Covid-19 di Malaysia memberikan kesan yang dasyat bagi semua lapisan masyarakat. Ianya seperti tidak berpenghujung. Suka atau tidak, kita terpaksa terima hakikat kita perlu menjalani norma baharu kehidupan.

Sekecil-kecil peniaga dijalanan sehingga syarikat gergasi pun boleh “tumbang” kesan impak Covid-19 ini pada ekonomi sekarang.

 

Kes statistis menunjukkan peningkatan yang agak konsisten sejak bulan September 2020 yang lalu menyebabkan beberapa daerah di semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak mula dkenakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ada daerah yang sudah pun kena Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Impaknya, ada yang tak boleh keluar bekerja, pendapatan berkurangan, dan ada juga yang kehilangan kerja.

impak covid 19 kepada artis dan pengkarya

 

Pihak barisan hadapan (frontliner) dan juga pakar kesihatan sentiasa bekerja keras bagi memastikan pendemik ini dapat dikawal dengan baik. Nak tunggu vaksin? Kita pun belum tentu tahu bila vaksin akan mula dapat diguna pakai untuk masyarakat.

Oleh itu, sentiasalah mematuhi arahan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mematuhi semua Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

 

Pakai pelitup muka. Jaga jarak. Kerap membasuh tangan.

 

Negara kita masih dalam keadaan terkawal. Walaupun begitu, kita tidak nafikan, banyak sektor terjejas termasuklah sektor bidang hiburan, sosial dan keramaian.

 

Kebanyakkan aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan keramaian ini melibatkan perkumpulan masyarakat. Antaranya ialah majlis kahwin, gig, konsert, pameran, festival, dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini tidak dapat nak diadakan lagi.

Aktiviti-aktiviti ini semua melibatkan ramai pihak. Sebagai contoh untuk majlis kahwin, pihak yang terlibat bagi menjayakan sesebuah majlis kahwin adalah Catering, servis pelamin, khemah, PA System, Penyanyi dan pemuzik, kumpulan kompang, sewa dewan, dan juga photographer.




Bayangkan, ini baru hanya sektor hiburan. Beginilah impaknya. Bagaimana dengan sektor lain? Pendidikan? Pemakanan? Perhotelan?

 

Kesemua meraka ini pendapatan mereka sudah pun terjejas atas sebab perlaksanaan semula PKPB dan PKPP di beberapa tempat. Paling teruk terjejas adalah di Kuala Lumpur dan Selangor yang mana kedua-dua negeri ini merupakan penyumbang sektor ekonomi yang terbesar.

 

Walaupun kerja masih tetap boleh dijalankan, seperti kami sendiri yang mejalankan perniagaan studio rakaman, keadaan sudah berbeza. Yang dari luar negeri akan lebih sukar untuk merentas negeri atas sebab beberapa sekatan jalan raya, ada yang khuatir untuk keluar rumah, dan sebagainya.

 

Apa solusinya?

 

Ubah model bisnes kita.

apa solusinya

Kesan daripada pendemik ini, kita dapat lihat, antara syarikat dan perniagaan yang dapat bertahan adalah mereka yang fokus kepada platform digital. Mereka ubah sebahagian model perniagaan mereka. Inovasi. Struktur semula.
Dalam konteks sektor hiburan dan sosial, kita perlu mula memahirkan diri kita dengan ilmu digital.

 

Jika dahulu kita tak pandai membuat pemasaran digital, sekarang adalah waktunya untuk kita belajar. Jika dahulu kita tak pandai nak kumpul follower dan subscribers di media sosial, sekarang adalah waktunya untuk kita belajar. Tekan SINI untuk ketahui cara kumpul Subsribers di YouTube.

Sejak pandemik ini berlaku, ada beberapa penyanyi yang sampai sekarang masih membuat Live Facebook dan YouTube. Bila dah tak boleh nak buat persembahan secara fizikal, mereka menggunakan sepenuhnya platform digital sebagai cara baru untuk jana pendapatan.

 

Dan yang mengagumkan, mereka secara konsisten melakukannya. Sekarang, jumlah tontonan mereka setiap kali mereka Live, sudah cecah ratusan, malah ada yang cecah ribuan. Mereka ni bukan penyanyi yang ada nama pun. Tetapi mereka tahu bagaimana nak rebut peluang yang ada.

 

Mereka konsisten buat. Hasilnya, dapat dilihat beberapa bulan selepas itu.

 

Kesimpulannya, impak dari Covid-19 ini kepada pengkarya, penyanyi dan malah semua orang, mengajar kita bagaimana untuk terus bertahan, terus belajar dan menyesuaikan diri. Kita tak pasti bila pandemik ini akan berakhir. Yang pasti, kita kena sentiasa bersedia. 😊

 

ANDA MASIH BOLEH RAKAM LAGU DENGAN KAMI. PAKEJ RAKAMAN SINGLE PERCUMA MIKROFON. RAKAM LAGU DIRUMAH ANDA – KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

Rahsia bagaimana Penulis Lirik & Komposer jana pendapatan dengan royalti – Klik Sini




 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *