Kos tersembunyi yang ramai tak tahu bila nak rakam lagu




kos tersembunyi

Memang seronok bila lagu yang kita cipta tu dah siap rakam di studio. Tapi selepas dah rakam lagu, apa Langkah seterusnya yang anda perlu lakukan?

 

Nak simpan sahaja lagu anda yang dah siap rakam tu?

 

Atau..

 

Rilis dan terbitkan lagu itu di mana-mana digital platform?

 

Ada dua keadaan. Jika..

 

#1 Anda rakam lagu memang niat untuk suka-suka simpanan sendiri.

#2 Anda rakam lagu berimpian untuk memperdengarkan lagu anda kepada lebih ramai orang.

 

 

Jika pilihan anda yang nombor satu (1), cukup sekadar anda rakam lagu sahaja. Kos yang terlibat hanya rakaman lagu.

 

Tetapi….

 

Jika anda memilih yang nombor dua (2), anda perlu ambil kira kos-kos tersembunyi yang kami kongsikan ini.

 

 

Teruskan membaca..

 




Kita rakam lagu bukan sebab memang kita sendiri je yang nak dengar. Tetapi kita nak bagi orang lain juga dengar hasil karya kita – Ini matlamat yang kita nak capai.

 

Sebab, dalam karya kita tu, ada misi dan mesej yang kita nak sampai kan kepada pendengar. Kita suka dan seronok bila ada pendengar lain dapat belajar/mendengar/mengkritik/menilai lagu-lagu hasil ciptaan kita.

 

Apabila kita nak lagu kita tu lebih ramai orang nak dengar, kita kena ada Tindakan dan gerak kerja yang boleh capai matlamat kita.

 

Gerak kerja kita itu ada nilai dan harga. Itulah kos yang kita perlu ambil kira.

 

Apa kos-kosnya?

 

#1 Lirik Video dan Music Video

YouTube. Siapa yang dengar lagu di YouTube? Ramai kan? Buat lirik video dan Music Video adalah cara paling praktikal untuk “tackle” pendengar. Pengguna di YouTube sangat ramai. Rugi jika kita tak guna platform ini sebagai salah satu cara untuk mempromosikan lagu-lagu anda.

 

#2 Digital Distribution

Selain dari YouTube, untuk lebih ramai pendengar mendapat akses lagu-lagu kita adalah dengan menggunakan khidmat syarikat yang menguruskan edaran digital (dibaca : digital distribution) seperti Spotify, iTunes, Joox, dan sebagainya. Antara syarikat yang kami selalu berurusan untuk edaran digital, boleh klik link ini : https://www.frmy.my/services/

Pengemar muzik ni ada pelbagai jenis. Ada yang suka dengar lagu di Spotify. Ada yang suka dengar di YouTube. Pengguna iPhone pula, akan menggunakan iTunes. Optimumkan sebaik mungkin .




#3 Pemasaran (Marketing)

Membuat content di media sosial seperti Facebook, Instagram mahupun tiktok adalah salah satu cara untuk anda mempromosikan diri dan lagu anda.

Content perlu sentiasa up to date, sentiasa kena buat. Perlu konsisten. Apa content yang paling mudah dan praktikal? Antaranya adalah..
Buat Video Cover.

 

#4 Guna khidmat PR (Public Relation)

Macam mana nak dapat slot perform di rancangan TV?

Boleh guna khidmat PR. Jika anda ada kemampuan untuk berurusan terus dengan penerbit rancanngan TV, silakan. Tak perlu guna khidmat PR. Tetapi , jika tiada kemampuan dan pengalaman, boleh guna khidmat PR.

Bukan semua perkara kita boleh buat sendiri. Ada beberapa keadaan, memang kita kena guna khidmat luar. Walaupun berbayar, tapi kita tak stress. Tak penat. Kita fokus kerja kita sahaja. Perkara yang kita tiada kepakaran, kita berikan pada orang lain yang mampu buat.

 

Sedikit sebanyak, ini adalah beberapa kos tersembunyi yang perlu kita ambil kira. Untuk capai matlamat yang anda inginkan, anda perlu susun betul-betul gerak kerja anda supaya apa yang anda nak capai itu berbaloi dengan duit yang anda sudah laburkan.

Anda tak perlu buat semua 4 perkara yang kami sebut ni dalam satu masa. Mulakan dahulu yang lebih utama.

 

Yang penting, rancang betul-betul gerak kerja anda.

arrow

Ketahui cara nak promosikan lagu dengan betul – Klik Sini

Anda dah bersedia nak rakam lagu? Nanti dulu. Dapatkan dulu Ebook PERCUMA dari kami. Klik Sini.




 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *