Ayat di atas kalau kita baca, tanpa melihat apa-apa konteks dan suasana, memang kita akan kata ya! Membazir je rakam lagu ini.
Mahal pula tu. Lebih baik guna duit itu buat pergi bercuti ke, beli handphone ke, atau berjoli benda lain.
Tapi sebenarnya, bab membazir tak membazir ini, kita kena tengok dulu case by case. Kena tengok dulu situasi. Kena tengok keadaan. Kena tengok sebab dan tujuannya dulu. Baru kita dapat tahu, samada membazir ke tak bila kita belanjakan duit untuk sesuatu perkara itu.
Sebagai contoh : –
Bagi peminat kereta, mereka yang membelanjakan beribu-ribu hanya untuk “make up” kereta jadi lebih cantik, bergaya, tambah spoiler, tambah aksesori itu ini, dan stail ini, membazir ke tak?
Kegunaan kereta ini adalah alat pengangkutan sahaja. Kemudahan untuk kita pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain. Kalau tak “make up” kereta tu pun, boleh sampai ke tempat destinasi kita.
Tapi kenapa peminat kereta, buat juga? Kenapa mereka sanggup berhabis beribu ringgit?
Sebab KEPUASAN.
Bab kepuasan ini memang susah kita nak terangkan kepada orang yang tak sama minat dengan kita. Kita yang bukan peminat kereta, memang kita akan cakap mereka ini membazir. Betul tak? Pernah tak kita bersikap begitu? Kita tengok kawan-kawan kita, atau orang lain, yang beria “make up” kereta, kita perli-perli kata buat habis duit je semua tu! (Kasihan kawan, kena perli.. ☹)
Begitu jugalah dengan apa yang kita minat. Dah kita memang minat muzik. Minat cipta lagu. Minat menyanyi. So? 😊
Kita teruskan sahaja dengan apa yang kita minat. Dalam bidang apa-apa pun. Kita tak perlu peduli apa orang nak kata. Kalau kita tengok, kawan-kawan atau orang sekeliling kita tengah usahakan sesuatu yang mereka minat, kita sokong sahaja. Kan best tu.. saling sokong-menyokong? 😊
Pelanggan-pelanggan kami yang datang ke studio untuk rakaman lagu, ada yang datang dari Lembah Klang, dan ada juga yang dari luar negeri, seperti Johor, Pahang, Pulau Penang, dari Sarawak juga pun ada. Rata-rata mereka ini bila kami berbual dan bertanya, kebanyakkannya mereka ini memang mempunyai kerjaya tetap. Tetapi mereka mempunyai minat yang kuat terhadap muzik dan nyanyian.
Sebab itu mereka sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak rakam lagu. Dalam sesi perbulan itu, kami dapati KEPUASAN adalah sebab utama mereka untuk rakam.
Bila setiap bait-bait lirik yang mereka tulis dan rangka, berminggu malah ada yang berbulan nak siapkan lagu demo (lagu mentah yang belum dirakam), setiap usaha, tenaga dan masa yang mereka luangkan, bila siap sahaja lagu itu, itulah kepuasan yang tak ternilai.
Lagu bukan hanya sebuah nyanyian dan muzik. Tetapi cerita dalam lagu dan juga setiap proses yang dilalui untuk menyiapkan sebuah lagu, hanya si pencipta lagu sahaja yang faham betapa seronok dan puas. Kan?