Rakam Vokal : Apa tanda anda seorang yang bersedia?

bersedia nak rakam vokal




Sesi rakaman vokal di studio secara purata mengambil masa sekitar 2-3 jam untuk siap sebuah lagu. Ada juga ambil masa yang lebih lama. Berhari-hari pun ada.

 

Ada banyak faktor yang menyebabkan sesi rakaman itu mengambil masa yang lebih lama dari kebiasaan. Sewaktu sesi rakaman itulah, waktu nak praktis vokal. Haa.. memanglah lama. Sampai lembik penyanyi berjam-jam nak rakam vokal. (Hehe!).

 

Jururakam / penerbit muzik boleh ambil kira faktor keupayaan si penyanyi untuk menyanyi. Dari situ, kita dapat betul-betul “optimize” semasa rakaman. Penyanyi pun tak kepenatan, dan yang paling penting, emosi penyanyi terjaga.

 

Ramai penyanyi-penyanyi baharu yang rakam dengan kami, rata-ratanya dah tahu dan lebih bersedia sebelum sesi rakaman. Kami dapat lihat tanda persamaan antara mereka. Dari dapatan itu, kami “point out” 5 tanda dan ciri-ciri seseorang itu bersedia.

 

1. Faham lirik.

Faham lirik disini bermaksud, penyanyi itu hafal dan dapat fahami lirik itu dengan baik. Penyanyi faham cerita yang nak disampaikan kepada pendengar.

 

2. Ingat melodi

Penyanyi ingat melodi dan “firm” nyanyiannya. Setiap bahagian lagu, penyanyi dapat menyanyikan dengan baik.

tips sebelum nak rakam vokal

3. Boleh nyanyi keseluruhan lagu

Selalunya, kami sendiri akan “test” penyanyi yang datang untuk rakam menyanyikan lagu itu dari awal sampai habis. Dari situ, kita dapat lihat penyanyi buat “home work” ke tak. (Hehe!)




4. Plan (Rancang)

Penyanyi dah rancang setiap part nak nyanyi bagaimana. bahagian mana nak adlib, nak ada dinamik, bahagian mana nak berhenti tarik nafas, bahagian mana vibrato, bahagian mana nak guna falsato, dan sebagainya.

 

5. Bersedia dari segi emosi

Emosi paling penting untuk penyanyi. Kalau emosi terganggu, memang tak boleh nak rakam. Asal rakam sahaja tak jadi. Rasa “feel” itu kurang. Kalau ada kes yang sebegini, memang kami sarankan untuk rakam pada hari lain.

 

Sekiranya, ada masalah dari salah satu point di atas? Apa yang anda boleh lakukan?




Anda boleh semak balik cara anda praktis bagaimana. Berkemungkinan cara anda praktis tidak betul.
Kami sarankan untuk anda dapatkan khidmat guru vokal.

 

Penting untuk dapatkan guru vokal supaya anda dapat belajar membuat Latihan dengan betul, dan yang paling penting, guru vokal anda boleh tegur anda jika ada kesilapan yang anda buat.

 

Tak perlu tergesa untuk rakaman. Ambil masa secukupnya, bila dah “ready”, jom rakam. Jangan rasa stress. Sesi rakaman vokal sepatutnya menyeronokkan! 😊

arrow

Jika anda sudah bersedia untuk rakamkan lagu, Klik SINI untuk dapatkan pakej harga dan juga contoh kualiti rakaman lagu kami

Muat turun Ebook PERCUMA cara untuk jana pendapatan sampiangan dengan lagu yang anda sendiri cipta – Klik Sini!




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *